Wednesday, 27 May 2015

Supplement dan saya

Sebagai wanita biasa, memang tidak dapat lari daripada kehendak untuk kelihatan cantik, sihat dan ceria.Tapi, dek kerana malas dan sikap tidak endah, biasanya saya tidak berbuat apa-apa untuk ke arah itu. Bila usia dah upgrade ke 3 series, saya dah mula merasakan saya perlu berbuat sesuatu. Maklumlah, sudah mula terasa perubahan pada kulit (yang dah mula mengendur), berat (yang payah sangat nak turun), rambut (yang dah nampak ada rambut putih mula tumbuh), emosi (yang stress tak tentu pasal), dan kesihatan secara keseluruhannya (yang cepat letih sepanjang masa).

Saya mula berjinak-jinak dengan Evening Primrose Oil pada mulanya. Biasalah, secara tipikalnya ini supplement wajib wanita yang mahu kulit cantik dan kesihatan yang cantik secara amnya. Antara kesan yang saya alami adalah kitaran haid saya lebih tetap jika dibandingkan ketika saya tidak mengambil EPO. Saya suka !. Bermacam-macam jenama EPO saya dah cuba. Dari yang mahal hinggalah yang ke murah. Akhirnya saya memilih yang murah. Heh. Dasar kedekut. Tapi, murah-murah pun saya culas juga. Sekejap ambil, sekejap tidak. Kalau ingat... makan, kalau lupa... tidak. Akhirnya saya berhenti.

Kemudian, saya mula cuba-cuba pula dengan Vitamin B complex. Asal terjebak kerana saya mendapat stok 6 bulan vitamin ini sewaktu cabutan bertuah di majlis makan malam. Heh. Siapa tak suka barang free kan?. Antara kebaikan Vitamin B complex adalah untuk menangani stress, meningkatkan metabolisma, dan mengawal selera makan. Saya suka!. Saya suka!. Suka-suka pun culas juga. Heh.

Sehinggalah baru-baru ini... saya berazam dan berjanji kepada diri sendiri tak mahu 'hangat-hangat tahi ayam lagi'. Saya mahu sihat. Saya mahu cantik. Saya mahu ceria. Saya mahu semua yang baik-baik saja pada badan saya ni. Saya mahu bila saya tua nanti, saya tetap vogue dan hot ! Heh.

Saya mula mencari maklumat mengenai supplement yang terbaik. Tak mahu yang asal boleh. Tak mahu yang entah siapa-siapa yang buat. Tak mahu yang entah dari mana asal usulnya. Saya baca, kaji, dan banding maklumat yang saya dapat. Kebanyakkan maklumat saya perolehi dari internet dan ada maklumat saya dapat dari  pengedar sendiri.

Sehinggalah suatu hari, saya tergerak hati untuk membuka account facebook saya yang lama dan 'terjumpa' semula kawan lama. Rupa-rupanya beliau dah berjaya dan kaya (daripada dululah... dulu pun berjaya dan kaya juga.heh) dengan Shaklee. Kebetulan atau suratan? Kebetulan saya mencari-cari supplement yang terbaik. Kebetulan saya merasakan supplement dari Shaklee adalah yang terbaik (berdasarkan kajian dan perbandingan). Suratannya tertulis, saya 'terjumpa' semula kawan lama saya tersebut. Hebat aturan Allah.

Bermula dari detik itulah, saya "sign contract dengan Shaklee" sebagai pengguna tegar dan pengedar barangan Shaklee. Saya puas hati dengan supplement Shaklee dan saya nampak peluang yang ada dalam Shaklee. Blog ini untuk berkongsi cerita, apa yang saya rasa , apa yang saya fikir , apa yang saya lihat dan informasi yang saya fikir berguna untuk semua, agar saya tak lupa dan anda boleh merasa bersama.

Hubungi saya kalau berminat dengan produk Shaklee, ya?







IRA
SID 1191211
ira.arinza@gmail.com
016-5392550

Tuesday, 26 May 2015

Mula

Kita mula ya?

Agak kekok sebenarnya...maklumlah, sudah lama tidak berblog (blog dahulu kali terakhir ditulis lebih kurang 5 tahun dahulu). Asyik tertangguh-tangguh. Mahu cari idea dari langit dulu, mahu sampai seru dan ilham dewa-dewa dulu, mahu cari gambar-gambar cantik dulu, mahu kumpul maklumat terperinci tahap desertasi Phd dulu ... sudahnya tak mula-mula juga.

Ya, saya mengaku mengidap penyakit "mahu-buat-yang-terbaik-kalau-tak-terbaik-tak-payah-buat-langsung ni". Heh. Ada baiknya penyakit ni... tapi lebih kepada yang buruk, sebenarnya. Ada kalanya, saya takut untuk mencuba kerana saya fikir saya tak mampu buat. Ada kalanya, berhenti separuh jalan kerana alasan yang sama.

Kuasa minda.

Tapi, saya percaya saya juga punya minda yang boleh membawa manafaat kepada orang lain. Punya idea dan cerita yang boleh dikongsikan bersama orang lain (oh, mungkin ada juga terselit cerita yang tak berfaedah sangat.. heh )... dan itu antara tujuan saya menulis di sini.

Mahu bercerita. Mahu berkongsi.