Tuesday 6 October 2015

Tak boleh tak ada

Kawan saya tanya, dalam banyak-banyak supplement Shaklee, mana satu yang saya paling suka. Lama jugak saya fikir. Saya jawab, saya tak ada yang paling suka... semua pun saya suka. Kalau saya pilih, nanti pilih kasih. Semua pun adalah kesayangan saya !

Over sangatt...

Okay, sebenarnya saya ada top 5 supplement "tak boleh tak ada" (yang bermaksud kalau duit tak berapa cukup pun, try cari juga pasal nak makan supplement ni) ;

Rasanya korang pun perasan saya banyak cerita tentang SR VitaC kan. Memang saya dah jatuh cinta dengan SR VitaC ni selepas saya merasai sendiri keberkesanannya. Hidung saya ni sensitif sikit dengan habuk dan asap. Ada asthma pulak. Ditambah dengan resdung dan jerawat pulak tu. Complete package. Pagi-pagi acara wajib saya adalah bersin-bersin. Lepas bersin-bersin, hidung gatal dan berair. Bila kena habuk dan asap, mesti selsema-batuk-tonsil bengkak-demam dan acara kemuncaknya asthma. Selepas saya amalkan SR VitaC ni, dah kurang acara bersin-bersin pagi-pagi tu. Bila saya rasa macam nak selsema, cepat-cepat telan 2-3 biji SR VitaC. Alhamdullillah, tak lama lepas tu akan lega. Tak payah telan panadol lagi. Kesan juga dapat dilihat pada kulit. Kulit menjadi lebih lembut dan yang paling best, jerawat segan nak muncul. Oleh kerana SR VitaC ni dah membantu menyelesaikan sebahagian besar masalah kesihatan saya, tentulah saya letak SR VitaC dalam Top 5 supplement "tak boleh tak ada" saya .

Yang kedua, adalah Omega Guard. Yang ni pun banyak membantu menangani asthma dan batuk. Selain daripada itu, Omega Guard juga boleh membakar lemak dan menjaga kesihatan jantung. So, saya tak risau sangat bila makan lebih sikit kerana saya tahu Omega Guard akan jadi "body guard" saya. Heh.

GLA juga saya harus masukkan dalam carta. Ini kerana GLA juga dah selesaikan salah satu masalah kesihatan saya. Haid tak teratur. Sebelum ni, saya tak datang bulan bila saya naik/ turun berat badan dan bila tension / stress. Kadang-kadang dua bulan sekali dan kadang-kadang sebulan 2 kali. Lepas makan GLA, alhamdullilah tak ada masalah lagi. Cukup kitaran 25 hari mesti kibarkan bendera Jepun.

Mula-mula saya makan Ostematrix hanya kerana ia memang dah ada dalam set. Tak rasa pun yang saya ni tak cukup kalsium pasal saya memang suka makanan dan minuman berasaskan susu ni. Saya memang ada sakit pinggang sikit-sikit dan bertambah sakit bila waktu datang bulan. Saya anggap biasa saja. Tak teruk sangat pun. Setelah makan Ostematrix saya tak perasan yang sakit pinggang saya dah hilang. Hinggalah pada suatu hari Ostematrix saya habis dan saya tak beli yang baru. 2 minggu jugaklah saya tak makan Ostematrix. Baru saya perasan yang saya sakit pinggang kembali. Terus pergi beli Ostematrix dan kini Ostematrix dah masuk carta supplement "tak boleh tak ada" saya.

Last but not least, adalah Herb Lax. Inilah supplement Shaklee pertama saya. Herb Lax sangat straight forward. Untuk memudahkan pembuangan dan mencuci usus dan perut. Kesan sangat pantas. Makan 4 biji malam ni, esok pagi tangki septic mesti kosong. Ahh... legaaaa. Heh.  

Bila ditengok balik rupanya banyak masalah kesihatan rupanya saya ni. Cuma sebelum jumpa Shaklee tak perasan pun ada masalah. Bila masalah dah selesai, baru tahu betapa leganya dah tak ada masalah-masalah tu lagi. Alhamdulillah. Syukur sangat.

Masalah saya dah selesai. Masalah anda bagaimana pula?

WhatsApp saya.
IRA 016-5392550

p/s : kalau ada masalah kewangan pun boleh diselesaikan, inshaallah :)


Thursday 1 October 2015

Saya tak paksa... tapi kalau rela, boleh WhatsApp saya (wink wink) - tajuk separa porno

Sekarang ni selalu sangat terjumpa dengan iklan-iklan ajak buat "produk sendiri" di facebook mahupun media sosial yang lain. Sampai saya terfikir, alahai... senangnya buat produk sendiri. Cakap je nak produk kurus, kecantikan, putih melepak, ketat-rapat-anjal dan macam-macam lagi. Ada duit sikit, semua boleh jadi. Letak nama sedap-sedap sikit, pilih packaging,buat marketing, bayar ustaz atau artis jadi duta, kalau mention perkataan "sunnah", "ruqyah", atau apa-apa yang islamik lebih afdal dan kalau letak ayat-ayat yang separa porno macam "suami hari-hari mintak", "suami boleh lemas", "isteri mintak dua kali satu malam"... (eh saya tak reka-reka ye, saya ambil contoh sebenar) pasti laris macam pisang goreng cheese tabur coklat.

Eh, bukan saya nak dengki, jauh sekali nak sabotaj perniagaan orang Melayu (selalunya yang saya nampak, orang Melayu yang ramai ceburi perniagaan ni), tapi pada pandangan saya, fenomena yang sebegini harus dipantau dengan teliti. Maklumlah, ia melibatkan kesihatan pengguna dalam jangka masa panjang. Saya tak kata yang semua produk "instant" macam ni tak berkualiti... mungkin ada yang benar-benar berkesan dan selamat, namun bukankan sepatutnya setiap produk perlu ada R&D, perlu dibuktikan keberkesanannya, perlu mencapai standard tertentu... kannn?

Okay, saya faham situasi peniaga... tentu nak untung, betul tak? Tapi yang saya tak faham macam mana pengguna sekarang yang sepatutnya lebih bijak dengan bantuan teknologi boleh termakan pujuk rayu peniaga yang macam ni? Adoii... badan nak pakai lama kott. Tak takut bahaya ke? Sebenarnya, saya ada fobia dengan produk yang menjanjikan kesan serta merta ni... makan hari ni, esok dah kurus... sapu hari ni lusa dah putih.. telan hari ni, minggu depan makcik lumpuh dah boleh berlari 100 meter eee..takoottt haha

Dengan adanya teknologi serba canggih sekarang,tak susah kita nak selidik syarikat, produk, pengasas dan perkara-perkara yang berkaitan. Nak dengan tak nak je. Bagi saya, sebelum kita nak consume, kena check la semua tu. Tak susah pun. Dulu, sebelum saya telan produk Shaklee ni saya dah kaji buruk baik dah, dah kenal siapa pengasanya dah, dah tahu latar belakang syarikat dah... baru berani nak beli dan makan. Produk dah lebih dari 100 tahun kott...syarikat ni dah 60 tahun kott... makcik pakcik yang makan Shaklee hari-hari elok je sihat  ... heh.

Eh, tak paksa korang ikut saya makan Shaklee jugak. Buat lah kajian sendiri, dan kalau anda rasa Shaklee yang terbaik, boleh WhatsApp saya. Kita boleh sambung cerita :)

IRA ~ 016-5392550