Tuesday 18 August 2015

Resdung yang meresahkan

aaa...aaa...aaachooomm

Resdung, sinusitis, alergi... rata-rata mempunyai tanda-tanda yang hampir sama. Bersin dengan kerap terutamanya waktu pagi, berdengkur, batuk, selesema, gatal hidung, cepat letih dan muka terasa sakit juga kerap pening di waktu pagi. Saya memang faham sangat dengan masalah ini. Dulu, boleh dikatakan setiap pagi bersin, hingus meleleh, sakit atas tulang pipi dan sekitar mata... seksa woi.

Puncanya bermula daripada radang pada membran dimana rongga dalam tulang muka dipenuhi dengan mukosa. Ini menyebabkan bakteria dan kulat mudah membiak dan menghasilkan nanah. Isk... macam ngeri je bunyinya. Selain daripada itu, ia juga disebabkan tindak balas terhadap sesetengah jenis makanan yang mendatangkan alahan seperti makanan laut ataupun terhadap habuk, debu, hama, ataupun bulu.

Saya pernah cuba cara orang kampung merawat resdung dengan mengasapkan telinga dan muka dengan corong yang dibuat dari apa pun saya tak tahu. Tobat tak nak buat dah. Pedih, sesak nafas, macam bernafas dalam kawasan pembakaran sampah sambil fogging nyamuk aedes rasanya. Sekali tu je la  saya terjebak dalam aktiviti asap mengasap ni.

Sekarang saya dah ada cara mudah. Telan pil vitamin je. Senang dan selamat. Untuk set resdung, terdiri daripada Alfalfa, B Complex dan Vitamin C. Alfalfa digunakan untuk mengurangkan radang kerana ramuannya yang kaya klorofil. B Complex pula berperanan untuk memelihara selaput lendir agar kekal sihat. Manakala Vitamin C pula sebagai antioksida dan menguatkan antibodi dan daya tahan seseorang terhadap penyakit. ia juga mempercepatkan proses penyembuhan tisu dan memelihara proses metabolisme dalam tubuh untuk berfungsi dengan baik.

Nak cakap , takut orang tak percaya... tapi terus terang saya cakap yang saya dah tak bersin-bersin lagi di waktu pagi. Bukan kepalang seronoknya. Kalau tak percaya, beli dulu set resdung ni dari saya lepas tu baru cakap nak percaya ke tak. Heh.


WhatsApp saya.

IRA (SID 1191211)
016-5392550
COD sekitar Ipoh, POS seluruh Malaysia

Monday 17 August 2015

Bukan sekadar pemecah lemak biasa

Saya memang pengguna tegar Lecithin. Kalau lepas makan tak makan lecithin, rasa macam bersalah sangat. Tujuan utama ambil lecithin mestilah sebab nak kurus. Lecithin bertindak sebagai pelarut dan pemecah kolesterol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain. Oleh yang demikian, sekiranya kita mengambil lecithin selepas makan, segala lemak-lemak dari makanan tersebut tidak sepenuhnya diserap ke dalam badan, sebaliknya dipecahkan dan dihantar ke pusat pelupusan :)

Tapi, selain daripada memecahkan lemak, lecithin juga mempunyai pelbagai kegunaan lain yang tidak kurang pentingnya. Antaranya adalah :

- Berperanan dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel-sel badan
- Mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati
- Membantu sistem imunisasi dan memberikan perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria. Ia juga melindungi sel dari teroksida
- Mengurangkan atau mencegah nyanyuk. Lecithin juga dikenali sebagai makanan untuk otak dan saraf
- Ia sebagai sumber hormon neurotransmitter yang menggalakkan proses tidur dan mengelakkan insomnia
- Mencairkan mukus dan mencegah iritasi dalam paru-paru. Justeru ia amat berguna kepada pesakit yang ada alergi, asthma dan bronkitis
- Sebagai pelincir sendi-sendi dan membantu penjagaan tisu buah pinggang dan sistem penghadaman
- Untuk rambut yang sihat, kulit yang lembut dan mencegah eczema
- Mengurangkan atau mencegah PMS

Rupa-rupanya, sebotol Lecithin dengan harga retail RM52.50 (nak dapat harga lagi murah pun boleh)sahaja ini, banyak kegunaannya. Niat nak kurus, dapat rambut cantik. Tujuan nak melincirkan sendi, dapat mencegah asthma. Best kan? Kalau nak rasai sendiri khasiatnya, hubungi saya.



IRA
SID 1191211
016-5392550

Friday 14 August 2015

Teh power

Boleh dikatakan setiap hari saya bawak bekal air lemon dalam tupperware kaler pink saya ke tempat kerja. Dengan adanya perisa lemon, selalunya air lemon dalam tupperware isipadu 2L itu akan habis menjelang sekitar waktu makan tengah hari saja. Kalau air kosong saja, memang payah sikit nak minum. Silap-silap bawak balik air separuh tupperware .Heh.

Sejak akhir-akhir ini, saya ada habit baru. Bila air lemon saya dah tinggal sikit...saya akan bancuh Cinch Tea Shaklee pulak. Sebabnya, lepas lunch mata mulalah kuyu...rasa nak tidur je . Lebih-lebih lagi kalau hujan pulak, memang tersengguk-sengguk. Lepas minum Cinch Tea ni, memang terus segar, tak mengantuk lagi.

Teh ni sedap diminum begitu sahaja sejuk atau panas. Kalau nak tambah madu, stevia, laici, buah markisa atau kalau nak buat macam saya tambahkan lemon pun boleh.

Selain daripada menghilangkan rasa mengantuk, ia juga memberi tenaga terutamanya bagi yang memandu jarak jauh, pekerja yang membuat kerja lebih masa dan sebagainya. Teh ini meningkatkan metabolisme dan membakar lemak 3 kali ganda lebih cepat. So , untuk yang ingin menguruskan badan, teh ini amat sesuai sekali. Untuk kesan yang lebih cepat, minum Cinch Tea sebelum bersenam...pasti anda akan bermandi peluh selepas itu.

Nak cuba teh power ni ?

WhatsApp saya.

IRA
SID 1191211
016-5392550

Thursday 13 August 2015

Masih adakah harapan untuk kulit umpama permukaan bulan ?


Semua orang nak kulit yang cantik, halus mulus tulus kurus (eh? lain topik)... tapi kulit saya ni agak mendukacitakan sebab banyak parut jerawat :( Masa muda-muda dulu konon-konon aktiflah sangat, acah-acah ganaslah sangat, tak mainlah nak girlie-girlie sapu losen ke, tempek foundation ke... kalau teringat nak basuh muka sebelum tidur tu pun kira hebat sangat dah tu. Heh. Hasilnya tumbuh melata jerawat batu bata dan kulit hitam berkarat (dek berjemur kat padang main hoki lah tekwondo lah, kawat lah... ). Dah masuk universiti barulah tahu sikit nak cari skin care (maklumlah loan JPA dah ada...kuikuikui) tapi masa tu dah agak terlambat lah kan... parut jerawat dah macam kawah gunung berapi. Bila dah kerja, ada duit sikit mulalah teringin nak cuba rawatan laser...kot-kot kawah gunung berapi boleh bertukar menjadi lopak air pun jadilah. Tapi dek kerana 1 sesi pun kena 2-3 ratus dan menurut doktor tersebut saya memelukan sekurang-kurangnya 8-10 sesi... saya sempat buat 2 sesi saja. Heh. Lepas sesi kedua, rasa sayang pulak nak habiskan duit kat doktor tu. Redha dan terima hakikat je lah... huuu

Sejak mengenali Shaklee ni saya dah jatuh cinta pada vitamin untuk kulit cantik ni... vitamin E. Saya rasa semua orang tahu yang vitamin E memang bagus untuk kulit kerana ia membantu mambaik pulih parut, jeragat, kesan stretch marks dan yang paling penting memudarkan garis-garis halus pada kulit. Pengalaman saya sejak mengambil vitamin E ni, saya rasakan kulit muka saya lebih lembut dan bila bangun tidur kulit saya tak berminyak-minyak macam dulu. Kawah gunung berapi di muka saya masih belum hilang (kena sabarlah sikit, vitamin hanya supplement, bukan magic potion ye..), tapi kulit lebih cerah sekata dan jeragat yang baru mula nak muncul dah makin pudar. Dah nampak perubahan macam tu, terus saya sambar 1 set vitamin untuk kulit cantik yang terdiri daripada vitamin C, ESP, B Complex, GLA, Garlic Complex dan vitamin E. Yang seronoknya dengan Shaklee ni, sat untuk kulit ni bukan kesannya di kulit saja. Vitamin C menghilangkan bersin waktu pagi saya, ESP mengenyangkan perut saya, B Complex memberi tenaga dan menghilangkan stress saya, GLA buat period saya regular setiap bulan, dan Garlic Complex buang angin dalam badan saya. Best kan ?

Vitamin E ni bukan sahaja boleh dimakan malah boleh juga digunakan sebagai masker. Cucuk softgel dengan pin bersih untuk mengeluarkan minyak vitamin E dan bolehlah disapukan terus ke muka sebelum tidur. Esok pagi bilas muka dengan air bersih. Sure feeling-feeling kulit muka gebu gitewww. Vitamin E ini boleh juga disapukan pada tempat yang berparut dan melecur untuk kesan yang lebih cepat.

Apa yang membezakan vitamin E Shaklee dengan yang lain adalah terdapat kandungan semulajadi d-alpha tocopherol (bukannya dl-alpha tocopherol, iaitu vitamin sintetik). Sebiji kapsul vitamin E Shaklee mengandungi 400IU vitamin E semulajadi dan turut mengandungi ekstrak biji anggur untuk fungsi anti oksida yang baik. Ia juga dilengkapi dengan selenium yang membantu penyerapan dan fungsi vitamin E dalam badan.


Sebotol tahan 4 bulan. Tak rugi beli, percayalah :)

IRA
SID 1191211
016-5392550

Wednesday 12 August 2015

Banyak angin dalam badan? Memang hangin satu badan dibuatnya !


Bukan orang tua saja, orang yang tak berapa tua macam saya pun selalu banyak angin dalam badan. Terutamanya lepas makan nagka, kobis, labu, ubi dan produk tenusu. Kalau tak berapa serius, mungkin hanya perut yang berbunyi-bunyi... taklah sampai nak masuk hospital, cuma malu kat orang aje lah. Tapi kalau dah banyak sangat angin dalam badan, boleh sampai sakit sendi, sakit perut dan sakit kepala dibuatnya. Memang hangin satu badan !

Orang yang selalu banyak angin dalam badan ni selalu letih, badan rasa kebas/ lenguh/ sengal, tapak kaki/ tangan selalu sejuk, selalu menguap/ mudah mengantuk, tegang di tengkuk/ pinggang dan selalu sakit kepala.

Untuk mengatasi masalah ini, perlulah dimulakan dengan menjaga pemakanan. Elakkan makanan yang berangin, banyak minum air kosong, makan dan kunyah perlahan-lahan dan cuba elakkan makan gula-gula getah. Kalau ikut petua orang dulu-dulu pula, banyakkan makan bawang putih dan minum air halia bersama bunga cengkih.

Tapi, kalau nak mudah boleh makan Peppermint Ginger Plus shaklee yang dibuat daripada pudina,halia, pokok adas dan cekur manis.

Peppermint Ginger Plus ini sesuai untuk ibu-ibu mengandung yang selalu muntah-muntah, untuk yang selalu mabuk laut/ darat, yang selalu kembung perut, yang ada masalah gastrik, melegakan pedih ulu hati dan untuk yang ada masalah penghadaman. Ia juga sesuai untuk melegakan cirit-birit dan boleh merangsang pengeluaran peluh. Lepas dah makan Peppermint Ginger Plus ni, anda pasti terkentut-kentut dan berpeluh-peluh. Lega rasanya.


Nak kentut-kentut berpeluh-peluh dan rasa nyaman juga?

Hubungi saya.

IRA
SID 1191211
016-5392550

Tuesday 11 August 2015

Bintik putih di kuku, siapa yang rindu?


Orang tua-tua kata, kalau ada bintik putih di kuku tu tandanya ada orang rindu dan sayang kat kita. Heh. Sebenarnya, tak payahlah perasan... antara penyebabnya adalah berlakunya kecederaan/trauma ringan di kuku sewaktu kuku tumbuh. Ia tidak merbahaya jika terdapat 1 atau 2 bintik sahaja tetapi perlu diambil serius jika terdapat banyak bintik-bintik putih yang muncul di kuku. Ini mungkin petanda kekurangan zinc. 

Kekurangan zinc yang teruk boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, luka lambat baik, pembengkakan prostat, stretch marks, rambut gugur, rabun pada waktu malam dan anemia.

Zinc sangat diperlukan oleh badan untuk membuat hormon TRH atau hormon yang berperanan memberi isyarat pada tiroid untuk membuat hormon tiroid, untuk membina tulang, dan untuk mencegah penyakit.

Antara makanan yang tinggi zinc adalah daging merah, telur, kekacang atau biji-bijian, bawang putih, cendawan, makanan laut, bayam dan dark chocolate.

Zinc Complex Shaklee digunakan untuk meningkatkan sistem imun dan daya tahan penyakit. Ia juga membantu untuk mengeluarkan insulin dan mengekalkan fungsi insulin. Zinc juga berperanan untuk memelihara kesihatan kelenjar prostat dan mengurangkan pembengkakan prostat,meninggikan keupayaan seks lelaki, dan meningkatkan jumlah sperma . Selain daripada itu, ia membantu ovulasi wanita sewaktu subur, memulihkan kelesuan kronik, mengurangkan keguguran rambut dan memainkan peranan dalam pemulihan luka yang cepat.

Oleh yang demikian, wanita mengandung, wanita yang baru melahirkan dan wanita yang menyusukan sangat-sangat memerlukan zinc complex ini. Ia juga sngat penting kepada yang gemar minum alkohol, vegetarian, rambut gugur dan lelaki yang mempunyai masalah kesuburan.

Zinc Complex ini perlu diambil sewaktu perut kosong. Kalau nak ikut cara saya, saya ambil zinc sebaik sahaja bangun dari tidur. Minum dengan air yang banyak. Lepas selesai mandi, mengemas atau apa sahaja urusan anda di waktu pagi, barulah ambil sarapan. Saya ambil zinc ni untuk rambut gugur... risau botak woo. Heh. Alhamdulillah, pengambilan zinc dan shampoo Prosante Shaklee banyak mengurangkan rambut yang gugur.


p/s : Zinc Complex Shaklee ini merupakan supplement paling murah dalam produk Shaklee. Sebotol boleh tahan 4 bulan !

IRA
SID 1191211
016-5392550

Monday 10 August 2015

Sakit sendi, jangan dipandang ringan


Sakit lutut, sakit pinggang, sakit bahu bukan lagi masalah orang tua semata-mata. Orang muda yang tak sampai umur 40 pun dah ramai yang menderita sakit-sakit sendi ni. Antara punca sakit sendi yang biasa adalah obesiti, kecederaan semasa bersukan/kemalangan, faktor usia dan pemakanan yang tidak seimbang.

Pada yang pernah merasai bagaimana deritanya sakit sendi ni, tentu faham perasaan tertekan bila tak dapat melakukan aktiviti mudah seperti berjalan, mencangkung atau membongkok macam orang lain. Saya sendiri pernah mengalami kecederaan lutut sewaktu bersukan. Nak berjalan susah, nak mencangkung tak boleh, nak bengkokkan kaki untuk bersila pun siksa... Uish, siksa siksa siksa...

Untuk menjaga kesihatan sendi, nak tak nak kena kurangkan berat badan. Kesian lutut kena tampung bebanan berlebihan . Kalau bersukan, pakai knee guard atau pun apa-apa jenis protections supaya dapat mengurangkan impak jika berlaku kemalangan. Selain daripada itu, kena jaga pemakanan juga. Minum susu dan makan makanan tinggi kalsium seperti keju, sayuran hijau dan jangan lupakan minyak ikan atau omega.

Dengan Shaklee, anda boleh mengamalkan Advanced Joint Health Tablet (AJHT). AHJT ini membantu menyembuhkan ketidakselesaan pada sendi, membantu mengekalkan tulang rawan, memelihara tisu penyambung yang sihat, melancarkan pergerakan harian, menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan, anti radang, memberi kekuatan kepada struktur sendi dan bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan.

AJHT ini sesuai diambil bersama Ostematrix dan Omega Guard. Ostematrix merupakan pil kalsium terbaik yang menjaga kekuatan tulang, mengelakkan kekejangan dan melancarkan proses pembuangan air besar. Manakala Omega Guard pula sebagai anti radang, menurunkan paras kolesterol dan menjaga kesihatan jantung.


Pendek kata dengan pengambilan set sendi ini, anda akan menjaga kesihatan tulang , menurunkan berat badan dan menjaga kesihatan jantung dan badan secara keseluruhan. So, pakcik makcik abang kakak yang ada sakit gout, obese, banyak kolesterol... cepat-cepat ambil set sendi ni sebelum melarat ye...

IRA
SID 1191211
016-5392550

Friday 7 August 2015

Antibiotik semulajadi

Ramai yang mengetahui khasiat bawang putih. Selain daripada menyedapkan makanan, bawang putih juga banyak digunakan dalam petua orang dulu-dulu untuk memanaskan badan dan membuang angin terutamanya untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin. Masyarakat Korea mengamalkan makan bawang putih mentah untuk kecantikan manakala Mat Saleh pula guna bawang putih untuk halau hantu hehehe...

Saya dah lama cuba elakkan untuk ambil antibiotik secara berlebihan. Sekarang ni, kita mudah sangat untuk mendapat antibiotik daripada klinik-klinik dan hospital. Kadang-kadang demam biasa pun diberikan makan antibiotik.Tahukah anda, pengambilan antibiotik yang berlebihan dan tidak sepatutnya akan menyebabkan masalah pengumpulan toksin dalam hati dan timbulnya rintangan bakteria terhadap antibiotik tersebut ?

Menurut Dr. Mohd. Izham Mohd. Ibrahim  dari Pusat Racun Negara, USM pakar perubatan kini menjadi gusar kerana zaman keemasan antibiotik hampir musnah akibat rintangan bakteria terhadap ubat antibiotik.
Fenomena ini berlaku apabila bakteria menjadi rintang atau tidak sensitif terhadap antibiotik tertentu. Apabila ini berlaku maka ubat tersebut tidak lagi berkesan terhadap penyakit atau kelompok penyakit tertentu yang berlaku dalam sesuatu kawasan. 

Sekarang ni, bila badan rasa macam nak demam je, cepat-cepat saya makan Garlic Complex dan Vitamin C Shaklee. So far, alhamdullilah demam beransur-ansur hilang macam tu je, tapi kalau demam anda berlarutan cepat-cepat jumpa doktor ye.

Selain daripada sebagai antiboitik semulajadi, Garlic Complex Shaklee juga membantu menangani masalah alergi seperti hidung sensitif, sinus dan asthma. Ia juga membantu sistem penghadaman, menstabilkan tekanan darah tinggi dan meransang hati untuk mengawal gula dalam darah. Ia juga dapat menurunkan paras kolesterol, LDL, meningkatkan HDL dan melindungi jantung. Jerawat juga dapat dikurangkan dengan pengambilan yang berterusan.

Banyak kebaikan bawang putih ni. Kalau lalu, kunyahlah bawang putih mentah 2-3 biji sehari (lepas tu jangan lupa gosok gigi), tapi kalau tak sanggup, makanlah Garlic Complex Shaklee 2 biji selepas makan setiap hari :)




WhatsApp saya :

IRA
SID 1191211
016-5392550



Thursday 6 August 2015

Mudahnya sembuhkan sembelit

Produk Shaklee yang pertama sekali saya makan adalah Herb-Lax. Produk ini jugalah yang saya suka promote kat pelanggan saya, dan produk ini jugalah yang paling laris di kalangan pelanggan saya. Pendek kata, produk ini memang antara produk Shaklee kegemaran saya. Kenapa ? Sebab kesannya seawal sehari. Confirm. Makan malam ni, pagi esok dah keluar kesan. Kesan yang tidak boleh ditahan-tahan. Kesannya adalah buang air besar, atau kawan saya dari Bangladesh panggil ... vera.

Herb-Lax merupakan agen detox yang berkesan kerana ia mengandungi 9 jenis herba yang dapat menyingkirkan toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus melalui pembuangan air besar. Herb-Lax hanya perlu diambil 2 atau 3 kali seminggu sahaja dan ia sesuai diambil untuk tempoh jangka masa yang panjang.

Saya gemar menyarankan kepada pelanggan saya untuk detoks dengan Herb-Lax dulu sebelum mengambil apa-apa supplement untuk kesan yang lebih cepat. Selain itu, Herb-Lax juga sesuai diambil untuk pengamal tegar ubat tahan sakit, mereka yang ada masalah sembelit, yang banyak jerawat dan yang ingin kurus.

So, kalau mak anda susah nak vera, adik anda banyak jerawat batu, dan anda nak sangat kurus, mulakan dengan bismillah dan makanlah Herb-Lax :)



IRA
SID 1191211
016-5392550

Wednesday 5 August 2015

Sakit pinggang tiada lagi !

Kasut bertumit tinggi, posture duduk dan berjalan yang tidak betul, dan pemakanan yang tidak seimbang mungkin punca sebenar saya sakit pinggang. Walaupun tak selalu, tetapi kadang-kadang sakit pinggang tersebut mengganggu tugas seharian saya. Saya pernah mengambil panadol (apa tah nama nya, panadol extend kot untuk sakit sendi dan muscle tu), untuk mengurangkan sakit, tetapi ia hanya bersifat sementara sahaja. Takut juga nak ambil ubat sembarangan, akhirnya saya biarkan saja.

Saya mula mengambil Ostematrix Shaklee setelah saya membeli set Yes Wellness Pack. Tujuan beli set tersebut adalah untuk mendapatkan vitamin-vitamin dengan harga yang murah. Di dalam set tersebut ada ostematrix. Dah ada, saya makan saja lah. Tak terfikir pun nak makan pil kalsium kerana masa buat bone density test resultnya ok sahaja, lagipun terasa diri ni masih muda lagi...ahaks :)

Ostematrix diambil 4 biji sebelum tidur. Kesan pertama kali pengambilan adalah, saya tidur dengan lebih nyenyak dan segar lepas bangun pagi keesokkan harinya. Okaylah, saya teruskan saja. Sedar tak sedar dah habis sebotol Ostematrix baru saya perasan yang saya dah tak sakit pinggang lagi. Selalunya macam tu lah, kita perasan benda yang negatif je... benda yang baik kita selalu tak nampak kannn...

Setelah dikaji-kaji barulah saya tahu yang kesihatan tulang manusia mula merosot secara berperingkat-peringkat dari umur 30an.



Pengambilan kalsium yang rendah merupakan penyumbang utama berlakunya penyakit osteoporosis ataupun penyakit tulang rapuh. Kebanyakkan pesakit hanya menyedari mereka menghidap penyakit ini setelah mereka mengalami retak atau patah tulang. Pada masa itu ia sudah agak terlewat.

Osteoporosis sukar disembuhkan tetapi boleh dicegah. Caranya adalah dengan mengambil kalsium yang mencukupi termasuk vitamin-vitamin yang diperlukan oleh badan untuk membantu penyerapan kalsium yang berkesan. Vitamin D misalnya membantu penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang dan menguatkan tulang. Magnesium pula penting untuk komposisi tulang dan rawan. Ia menghalang endapan kalsium dan menghalang formasi batu karang atau batu hempedu. Zink, boron, maganese dan kuprum pula penting untuk memelihara metabolisme, membaiki tulang dan rawan dan menghalang artritis.

Kalsium berlebihan boleh membebankan buah pinggang dan menyebabkan baru karang dan batu hempedu. Ini terjadi kerana perbezaan nisbah kalsium : magnesium yang besar (kekurangan magnesium akan menyebabkan kalsium tidak dapat diserap oleh tubuh). Oleh yang demikian, kalau nak cari supplement kalsium, pastikan kandungan magnesium dan vitamin D nya dulu. Pilihan saya, tentulah Shaklee :)


IRA
SID 1191211
016-5392550

Tuesday 4 August 2015

I got CINCHed :)

Sebelum saya mengenali Shaklee, saya memang anti apa-apa meal replacement product. Bagi saya meals replacement ni hanya menyiksa diri, tak normal (melantak real food baru namanya makan), dan mahal. Heh.

Saya mula komited dengan Cinch Shake Shaklee sejak beberapa bulan lepas terutamanya dalam bulan puasa lepas. Sebelum tu minum kalau rasa nak minum, dan selalunya asyik lupa je nak minum. Sebelum puasa, saya minum Cinch Shake dan ESP Shaklee in between meals selalunya dalam pukul 10 atau 11 pagi supaya waktu makan tengah hari nanti saya tak lah makan banyak sangat. Ia memang berkesan. Bila saya minum , mesti saya tak larat nak habiskan nasi campur saya. Mula-mula saya mintak nasi separuh, lama-lama saya makan lauk saja... nasi separuh pun tak larat habis :) Semasa bulan puasa pula, saya minum 2 scoop Cinch Shake dan 1 scoop ESP sewaktu sahur. Makan sikit tamar dan buah... dan alhamdullilah tahan sampai waktu berbuka. Sekarang, saya dah gantikan sarapan pagi saya dengan Cinch Shake dan ESP... tak payah beli nasi lemak lagi. Kesannya, rasa bertenaga, kenyang dan tak mengantuk macam masa makan heavy breakfast dulu.

Mula-mula pengambilan Cinch Shake ni, memang rasa baju dan skirt dah longgar, kawan-kawan pun ada yang tegur dan susut, tapi bila timbang, berat masih sama. Ini terjadi kerana Cinch Shake Shaklee mengandungi leucine yang bertindak mengekalkan otot dan menyingkirkan lemak. Badan pun rasa kurang menggeleber.Selepas itu, barulah terdapat penurunan berat pula.

1 hidangan Cinch Shake mengandungi 24gm protein, 6gm serat, nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah dan membekalkan tenaga yang cukup kepada badan. Ini kerana ia memberi 35% atau lebih nilai harian (daily value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting. Dan yang paling penting, ia dibuat daripada soya bukan GMO. Soya yang tidak diubah genetiknya macam soya biasa yang dikatakan boleh menyebabkan kanser dan sebagainya.

Pada yang ingin mencuba, tak payah takut tentang rasanya. Ia memang sedap dan boleh diolah ikut selera anda. Terdapat 3 perisa iaitu Latte, Coklat dan Vanila. Boleh dicampur dengan susu, ESP, buah-buahan dll.

Nak cuba?

WhatsApp saya.

IRA
SID 1191211
016-5392550

Monday 3 August 2015

Alfalfa Shaklee adalah Kacip Fatimah versi vitamin moden ?

Tak percaya ? Heh.

Alfalfa ataupun Medicago Sativa atau lebih dikenali sebagai "Raja segala tumbuhan" ini mengambil masa selama 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki dalam tanah untuk menyerap nutrisi dalam tanah. Antara fungsi alfalfa kepada tubuh badan adalah :

*Detox - alfalfa bersifat alkali. Ia boleh menstabilkan badan yang berasid dan membuang toksin.
*Melawan alahan - ia boleh memperbaiki keadaan kulit, hidung sensitif, resdung, asthma, bau badan dan athlete foot
*Baik untuk usus dan perut - melegakan kembung, hyperasiditi, ulser gastrik dan sembelit
*Menyingkirkan lemak dan kolesterol - mengandungi saponin (seperti span) yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol
*Melegakan keletihan - boleh juga melegakan sakit sendi dan belakang
*Mencegah / merawat atritis
*Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
*Masalah wanita - merawat keputihan, menegangkan payu dara dan mengetatkan rahim
*Penggalak susu - meningkatkan jumlah susu yang berkualiti

Banyak kegunaan alfalfa sehinggakan ia selalu digabungkan dengan set-set Shaklee seperti set kesuburan, set bersalin, set menyusu, set kurus dan set kulit cantik.

Saya memang mengakui keberkesanan alfalfa ini. Mulanya saya amalkan untuk tujuan detox dan untuk kurus tatapi lama kelamaan saya mendapati saya sudah tidak bersin-bersin di waktu pagi (alfalfa + vitamin C), alahan kepada habuk juga berkurang, keputihan tak ada lagi dan senang nak buang angin (perut tak kembung ).

Bab Kacip Fatimah tu, korang kena cuba sendiri. Saya tak tahu nak komen macam mana. Heh. Tapi testimoni dan feed back memang menyokong kenyataan itu.

Selamat mencuba Kak Timah.

Heh.

IRA
SID 1191211
016-5392550