Tuesday 6 October 2015

Tak boleh tak ada

Kawan saya tanya, dalam banyak-banyak supplement Shaklee, mana satu yang saya paling suka. Lama jugak saya fikir. Saya jawab, saya tak ada yang paling suka... semua pun saya suka. Kalau saya pilih, nanti pilih kasih. Semua pun adalah kesayangan saya !

Over sangatt...

Okay, sebenarnya saya ada top 5 supplement "tak boleh tak ada" (yang bermaksud kalau duit tak berapa cukup pun, try cari juga pasal nak makan supplement ni) ;

Rasanya korang pun perasan saya banyak cerita tentang SR VitaC kan. Memang saya dah jatuh cinta dengan SR VitaC ni selepas saya merasai sendiri keberkesanannya. Hidung saya ni sensitif sikit dengan habuk dan asap. Ada asthma pulak. Ditambah dengan resdung dan jerawat pulak tu. Complete package. Pagi-pagi acara wajib saya adalah bersin-bersin. Lepas bersin-bersin, hidung gatal dan berair. Bila kena habuk dan asap, mesti selsema-batuk-tonsil bengkak-demam dan acara kemuncaknya asthma. Selepas saya amalkan SR VitaC ni, dah kurang acara bersin-bersin pagi-pagi tu. Bila saya rasa macam nak selsema, cepat-cepat telan 2-3 biji SR VitaC. Alhamdullillah, tak lama lepas tu akan lega. Tak payah telan panadol lagi. Kesan juga dapat dilihat pada kulit. Kulit menjadi lebih lembut dan yang paling best, jerawat segan nak muncul. Oleh kerana SR VitaC ni dah membantu menyelesaikan sebahagian besar masalah kesihatan saya, tentulah saya letak SR VitaC dalam Top 5 supplement "tak boleh tak ada" saya .

Yang kedua, adalah Omega Guard. Yang ni pun banyak membantu menangani asthma dan batuk. Selain daripada itu, Omega Guard juga boleh membakar lemak dan menjaga kesihatan jantung. So, saya tak risau sangat bila makan lebih sikit kerana saya tahu Omega Guard akan jadi "body guard" saya. Heh.

GLA juga saya harus masukkan dalam carta. Ini kerana GLA juga dah selesaikan salah satu masalah kesihatan saya. Haid tak teratur. Sebelum ni, saya tak datang bulan bila saya naik/ turun berat badan dan bila tension / stress. Kadang-kadang dua bulan sekali dan kadang-kadang sebulan 2 kali. Lepas makan GLA, alhamdullilah tak ada masalah lagi. Cukup kitaran 25 hari mesti kibarkan bendera Jepun.

Mula-mula saya makan Ostematrix hanya kerana ia memang dah ada dalam set. Tak rasa pun yang saya ni tak cukup kalsium pasal saya memang suka makanan dan minuman berasaskan susu ni. Saya memang ada sakit pinggang sikit-sikit dan bertambah sakit bila waktu datang bulan. Saya anggap biasa saja. Tak teruk sangat pun. Setelah makan Ostematrix saya tak perasan yang sakit pinggang saya dah hilang. Hinggalah pada suatu hari Ostematrix saya habis dan saya tak beli yang baru. 2 minggu jugaklah saya tak makan Ostematrix. Baru saya perasan yang saya sakit pinggang kembali. Terus pergi beli Ostematrix dan kini Ostematrix dah masuk carta supplement "tak boleh tak ada" saya.

Last but not least, adalah Herb Lax. Inilah supplement Shaklee pertama saya. Herb Lax sangat straight forward. Untuk memudahkan pembuangan dan mencuci usus dan perut. Kesan sangat pantas. Makan 4 biji malam ni, esok pagi tangki septic mesti kosong. Ahh... legaaaa. Heh.  

Bila ditengok balik rupanya banyak masalah kesihatan rupanya saya ni. Cuma sebelum jumpa Shaklee tak perasan pun ada masalah. Bila masalah dah selesai, baru tahu betapa leganya dah tak ada masalah-masalah tu lagi. Alhamdulillah. Syukur sangat.

Masalah saya dah selesai. Masalah anda bagaimana pula?

WhatsApp saya.
IRA 016-5392550

p/s : kalau ada masalah kewangan pun boleh diselesaikan, inshaallah :)


Thursday 1 October 2015

Saya tak paksa... tapi kalau rela, boleh WhatsApp saya (wink wink) - tajuk separa porno

Sekarang ni selalu sangat terjumpa dengan iklan-iklan ajak buat "produk sendiri" di facebook mahupun media sosial yang lain. Sampai saya terfikir, alahai... senangnya buat produk sendiri. Cakap je nak produk kurus, kecantikan, putih melepak, ketat-rapat-anjal dan macam-macam lagi. Ada duit sikit, semua boleh jadi. Letak nama sedap-sedap sikit, pilih packaging,buat marketing, bayar ustaz atau artis jadi duta, kalau mention perkataan "sunnah", "ruqyah", atau apa-apa yang islamik lebih afdal dan kalau letak ayat-ayat yang separa porno macam "suami hari-hari mintak", "suami boleh lemas", "isteri mintak dua kali satu malam"... (eh saya tak reka-reka ye, saya ambil contoh sebenar) pasti laris macam pisang goreng cheese tabur coklat.

Eh, bukan saya nak dengki, jauh sekali nak sabotaj perniagaan orang Melayu (selalunya yang saya nampak, orang Melayu yang ramai ceburi perniagaan ni), tapi pada pandangan saya, fenomena yang sebegini harus dipantau dengan teliti. Maklumlah, ia melibatkan kesihatan pengguna dalam jangka masa panjang. Saya tak kata yang semua produk "instant" macam ni tak berkualiti... mungkin ada yang benar-benar berkesan dan selamat, namun bukankan sepatutnya setiap produk perlu ada R&D, perlu dibuktikan keberkesanannya, perlu mencapai standard tertentu... kannn?

Okay, saya faham situasi peniaga... tentu nak untung, betul tak? Tapi yang saya tak faham macam mana pengguna sekarang yang sepatutnya lebih bijak dengan bantuan teknologi boleh termakan pujuk rayu peniaga yang macam ni? Adoii... badan nak pakai lama kott. Tak takut bahaya ke? Sebenarnya, saya ada fobia dengan produk yang menjanjikan kesan serta merta ni... makan hari ni, esok dah kurus... sapu hari ni lusa dah putih.. telan hari ni, minggu depan makcik lumpuh dah boleh berlari 100 meter eee..takoottt haha

Dengan adanya teknologi serba canggih sekarang,tak susah kita nak selidik syarikat, produk, pengasas dan perkara-perkara yang berkaitan. Nak dengan tak nak je. Bagi saya, sebelum kita nak consume, kena check la semua tu. Tak susah pun. Dulu, sebelum saya telan produk Shaklee ni saya dah kaji buruk baik dah, dah kenal siapa pengasanya dah, dah tahu latar belakang syarikat dah... baru berani nak beli dan makan. Produk dah lebih dari 100 tahun kott...syarikat ni dah 60 tahun kott... makcik pakcik yang makan Shaklee hari-hari elok je sihat  ... heh.

Eh, tak paksa korang ikut saya makan Shaklee jugak. Buat lah kajian sendiri, dan kalau anda rasa Shaklee yang terbaik, boleh WhatsApp saya. Kita boleh sambung cerita :)

IRA ~ 016-5392550

Tuesday 29 September 2015

Vitamin jerebu

Bila check balik belian Shaklee sempena bulan jerebu ni, ramai pelanggan tetap dan pelanggan baru yang beli Sustain Release Vitamin c dan Chewable Vitamin C. Banyak juga feedback dari mereka yang kata mereka atau anak mereka tak bersin-bersin di waktu pagi lagi, selesema berkurang, batuk pun kurang dan sekarang dah ada yang pandai ambil extra dose vitamin C sewaktu demam atau masa rasa nak demam. Inshaallah, demam makin kebah atau tak jadi demam bila ambil extra dose vitamin C ni.

Walaupun makan vitamin, jangan lupa minum air banyak-banyak dan cuba kurangkan aktiviti luar. Bagi yang masih belum mendapatkan vitamin-vitamin hebat dari shaklee, bolehlah WhatsApp saya. Jangan malu-malu :)

Friday 4 September 2015

Eat, sleep, poop... repeat

Kalau ada masa lapang yang banyak, nak buat apa ye?

Ada yang nak bercuti, ada yang nak buat crafts, ada yang nak membaca... macam-macam.

Bagi saya pulak, saya nak rehat je. Dengan kerja full time, bisnes crafts dan bisnes Shaklee saya sekarang, memang kadang-kadang tak menang tangan. Saya tak merungut. Tak ada siapa pun yang paksa saya buat kerja banyak-banyak. Saya suka busy-busy macam ni. Heh. Masa muda (muda lah sangatttt) dan masih ada tenaga lah kita pulun habis-habisan. Bila cukup bekalan, kita rehat. Masa tu, nak berspa sehari suntuk, melancong sepanjang tahun, tengok wayang bila-bila masa suka... semua pun boleh.

Sekarang, kerja kuat-kuat dulu. Ada yang nak join kerja kuat-kuat sama saya ?

WhatsApp saja;
IRA 016-5392550

p/s : jangan tiru aktiviti kucing saya ni.


Thursday 3 September 2015

Perjalanan yang panjang, kita tempuhi bersama

Musim-musim jerebu ni memang ramai yang mula sakit-sakit. Alhamdullilah, saya masih belum diserang asthma dan demam lagi. Moga dijauhkan. Tahun-tahun lepas waktu-waktu beginilah saya kerap berulang alik jumpa doktor. Siap kena sedut nebulizer lagi. Masa tu belum kenal Shaklee lagi. Tahun ni, dah kenal Shaklee bolehlah buat persediaan lebih sikit. Makan supplement cukup-cukup. Minum air banyak-banyak. Cuba elakkan berada di luar rumah. Cara saya, makan banyak-banyak vitamin C supaya tak mudah diserang batuk dan selesema, makan omega 3 untuk elakkan diserang asthma, dan tak dilupakan vitamin B complex, Garlic Complex dan Vita-Lea sebagai pelengkap perisai pertahanan. Harap-harap tak ada apa-apa. Tapi kalau nak sakit juga, nak buat macam mana kan... badan saya ni sensitif sikit dengan habuk dan asap.

Kawan-kawan saya pun ramai dah mula selesema, batuk dan demam. Paling merisaukan mereka, anak-anak juga turut sakit. Ramai juga yang dah mula bertanya-tanya pasal supplement. Ada juga yang dah order vitamin C terutamanya untuk anak... saya pesan; mak pun kena makan sekali, barulah sama-sama sihat. Heh.

Oh ya, hari ini kawan saya bagitahu yang dia dah turun sekilo selepas sebulan cuba Herb-Lax dan Lecithin. Heh. Sekilo mungkin sikit, tapi kawan saya ni dah bertahun-tahun cuba kuruskan badan dengan macam-macam ubat. Teh kurus, ubat sapu-sapu...semuaaaa tak jalannn... Hujung minggu dia siap hiking bukit lagi, sampai suaminya cakap "you ta payah naik bukit, you tada turun, bukit ada runtuh bila you naik..." hahahaha...kejam sangatttt! Mula-mula, saya takut nak suruh dia cuba Shaklee...takut tak turun juga, saya yang rasa bersalah. Heh.Tapi, dia yang beriya-iya nak cuba, saya okay je (siapa tak nak bisnes kan...). Saya suspek, kawan saya ni banyak toksin, itu sebabnya berat tak turun-turun walaupun dah cuba macam-macam cara. Saya cadangkan Herb-Lax untuk detox dan Lecithin untuk pecah lemak. Sepanjang sebulan ni, dia tak timbang berat. Nak surprise katanya. Pagi ni, jumpa saya je terus senyum lebar... "1 kilo sudah turunnnn". Yay ! Saya pulak yang happy lebih-lebih. Katanya lagi, turun sekilo sebulan pun okay, janji ada perubahan.

Nak sihat? Nak kurus ? WhatsApp saya untuk hidup yang lebih sihat dan lebih kurus (walaupun perjalanannya panjang, kita jalan sama-sama perlahan-perlahan) Heh.

IRA (SID 1191211)
016-5392550

Wednesday 2 September 2015

Kunyah vs Telan

Saya memang penggemar vitamin C. Selain bagus untuk kulit saya yang berminyak dan selalu berjerawat, vitamin C juga penting untuk sistem imun dan menyelesaikan masalah besar saya yang kerap bersin macam nak tercabut hidung di waktu pagi. Saya memilih Sustained Release Vita-C Plus Shaklee. Terus jatuh cinta dan tak tukar-tukar dah. Pertama kerana dosage  yang bersesuaian dengan keperluan badan, kedua kerana teknologi sustained release dimana vitamin C akan dilepaskan secara berperingkat-peringkat untuk khasiat yang berterusan, ketiga kerana sebotol boleh tahan 6 bulan (sangat jimat!) dan keempat of course kerana ianya sangat berkesan!

Baru-baru ini, kawan saya bertanya mengenai vitamin C untuk anaknya yang sering selesema. Tapi, masalah anaknya adalah... dia tak suka makan ubat. Heh. Takde masalah. Ini kerana, Shaklee juga ada Chewable Vita-C Plus. Ianya perlu dikunyah dan rasanya seperti buah oren. Amat sesuai untuk kanak-kanak, ibu mengandung yang selalu loya dan muntah, dan orang dewasa yang "segan" nak telan tablets.

Perbezaan anatara Sustained Release Vita-C Plus dan Chewable Vita-C Plus adalah dari segi dosage,iaitu SR Vita-C mengandungi 500mg dan Chewable Vita C hanya mengandungi 100mg. Cara makan juga berbeza, iaitu Chewable Vita-C Plus perlu dikunyah untuk bertindak balas dengan air liur supaya ianya sedia untuk diserap sebaik sahaja sampai ke usus kecil, manakala SR Vita-C perlu ditelan sahaja. Sebotol Chewable Vita-C Plus ada 90 tablets, manakala SR Vita-C Plus ada 180 tablets.

Walaupun terdapat perbezaan, kedua-dua vitamin C ini tetap mempunyai khasiat yang sama. Vitamin C memelihara kandungan antioksida semulajadi dalam badan dan melambatkan proses penuaan. Ia juga penting untuk menguatkan tulang, gigi dan gusi. Selain daripada meningkatkan sistem imun badan melawan selesema, batuk, resdung dan elergi, vitamin C juga bagus untuk mencantikkan dan mencerahkan kulit serta menghalang pembentukan pigmentasi.

So, tepuk dada tanya selera. Mana satu pilihan anda.

WhatsApp saya ;

IRA (SID 1191211)
016-5392550




Tuesday 1 September 2015

Hidup ini ibarat itik. Nampak tenang di permukaan, sebenarnya kaki kayuh laju-laju... haha

Heh. Lama tak jumpa. Sorry, busy sikit. Hari-hari nak update blog tapi hari-hari pun busy jugak.Ada banyak campaign nak kena handle. Selalunya, saya update blog masa lunch. Tapi bila kerja kat luar, memang tak dapat lah nak berlama-lama enjoy lunch. Dapat makan roti smbil berjalan pun dah kira bagus. Balik rumah dah penat. Nampak tilam dan bantal je. Internet pun satu hal. Entah kenapa lembab macam siput. Tension rasanya. Tapi, sebenarnya ada major distraction yang membuatkan saya terpaksa melupakan benda-benda lain buat sementara waktu... saya sedang sibuk pindah home office @ crafts room ke bilik bawah dan mengemas bilik stor! Kemas stor adalah benda serius. Nak kena masuk barang ikut kategori dalam kotak. Kena susun ikut kesesuaian. Once started... kena buat sampai habis. (Susahkan diri sendiri bila ada penyakit susah nak ubat ni). Hopefully, by today boleh siap. Azam bulan ni nak update blog hari-hari. Heh. Boleh ke? Inshaallah...

Kedai online Shaklee masih buka 24 jam seperti biasa. WhatsApp saja :)

IRA
SID 1191211
016-5392550

Tuesday 18 August 2015

Resdung yang meresahkan

aaa...aaa...aaachooomm

Resdung, sinusitis, alergi... rata-rata mempunyai tanda-tanda yang hampir sama. Bersin dengan kerap terutamanya waktu pagi, berdengkur, batuk, selesema, gatal hidung, cepat letih dan muka terasa sakit juga kerap pening di waktu pagi. Saya memang faham sangat dengan masalah ini. Dulu, boleh dikatakan setiap pagi bersin, hingus meleleh, sakit atas tulang pipi dan sekitar mata... seksa woi.

Puncanya bermula daripada radang pada membran dimana rongga dalam tulang muka dipenuhi dengan mukosa. Ini menyebabkan bakteria dan kulat mudah membiak dan menghasilkan nanah. Isk... macam ngeri je bunyinya. Selain daripada itu, ia juga disebabkan tindak balas terhadap sesetengah jenis makanan yang mendatangkan alahan seperti makanan laut ataupun terhadap habuk, debu, hama, ataupun bulu.

Saya pernah cuba cara orang kampung merawat resdung dengan mengasapkan telinga dan muka dengan corong yang dibuat dari apa pun saya tak tahu. Tobat tak nak buat dah. Pedih, sesak nafas, macam bernafas dalam kawasan pembakaran sampah sambil fogging nyamuk aedes rasanya. Sekali tu je la  saya terjebak dalam aktiviti asap mengasap ni.

Sekarang saya dah ada cara mudah. Telan pil vitamin je. Senang dan selamat. Untuk set resdung, terdiri daripada Alfalfa, B Complex dan Vitamin C. Alfalfa digunakan untuk mengurangkan radang kerana ramuannya yang kaya klorofil. B Complex pula berperanan untuk memelihara selaput lendir agar kekal sihat. Manakala Vitamin C pula sebagai antioksida dan menguatkan antibodi dan daya tahan seseorang terhadap penyakit. ia juga mempercepatkan proses penyembuhan tisu dan memelihara proses metabolisme dalam tubuh untuk berfungsi dengan baik.

Nak cakap , takut orang tak percaya... tapi terus terang saya cakap yang saya dah tak bersin-bersin lagi di waktu pagi. Bukan kepalang seronoknya. Kalau tak percaya, beli dulu set resdung ni dari saya lepas tu baru cakap nak percaya ke tak. Heh.


WhatsApp saya.

IRA (SID 1191211)
016-5392550
COD sekitar Ipoh, POS seluruh Malaysia

Monday 17 August 2015

Bukan sekadar pemecah lemak biasa

Saya memang pengguna tegar Lecithin. Kalau lepas makan tak makan lecithin, rasa macam bersalah sangat. Tujuan utama ambil lecithin mestilah sebab nak kurus. Lecithin bertindak sebagai pelarut dan pemecah kolesterol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain. Oleh yang demikian, sekiranya kita mengambil lecithin selepas makan, segala lemak-lemak dari makanan tersebut tidak sepenuhnya diserap ke dalam badan, sebaliknya dipecahkan dan dihantar ke pusat pelupusan :)

Tapi, selain daripada memecahkan lemak, lecithin juga mempunyai pelbagai kegunaan lain yang tidak kurang pentingnya. Antaranya adalah :

- Berperanan dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel-sel badan
- Mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati
- Membantu sistem imunisasi dan memberikan perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria. Ia juga melindungi sel dari teroksida
- Mengurangkan atau mencegah nyanyuk. Lecithin juga dikenali sebagai makanan untuk otak dan saraf
- Ia sebagai sumber hormon neurotransmitter yang menggalakkan proses tidur dan mengelakkan insomnia
- Mencairkan mukus dan mencegah iritasi dalam paru-paru. Justeru ia amat berguna kepada pesakit yang ada alergi, asthma dan bronkitis
- Sebagai pelincir sendi-sendi dan membantu penjagaan tisu buah pinggang dan sistem penghadaman
- Untuk rambut yang sihat, kulit yang lembut dan mencegah eczema
- Mengurangkan atau mencegah PMS

Rupa-rupanya, sebotol Lecithin dengan harga retail RM52.50 (nak dapat harga lagi murah pun boleh)sahaja ini, banyak kegunaannya. Niat nak kurus, dapat rambut cantik. Tujuan nak melincirkan sendi, dapat mencegah asthma. Best kan? Kalau nak rasai sendiri khasiatnya, hubungi saya.



IRA
SID 1191211
016-5392550

Friday 14 August 2015

Teh power

Boleh dikatakan setiap hari saya bawak bekal air lemon dalam tupperware kaler pink saya ke tempat kerja. Dengan adanya perisa lemon, selalunya air lemon dalam tupperware isipadu 2L itu akan habis menjelang sekitar waktu makan tengah hari saja. Kalau air kosong saja, memang payah sikit nak minum. Silap-silap bawak balik air separuh tupperware .Heh.

Sejak akhir-akhir ini, saya ada habit baru. Bila air lemon saya dah tinggal sikit...saya akan bancuh Cinch Tea Shaklee pulak. Sebabnya, lepas lunch mata mulalah kuyu...rasa nak tidur je . Lebih-lebih lagi kalau hujan pulak, memang tersengguk-sengguk. Lepas minum Cinch Tea ni, memang terus segar, tak mengantuk lagi.

Teh ni sedap diminum begitu sahaja sejuk atau panas. Kalau nak tambah madu, stevia, laici, buah markisa atau kalau nak buat macam saya tambahkan lemon pun boleh.

Selain daripada menghilangkan rasa mengantuk, ia juga memberi tenaga terutamanya bagi yang memandu jarak jauh, pekerja yang membuat kerja lebih masa dan sebagainya. Teh ini meningkatkan metabolisme dan membakar lemak 3 kali ganda lebih cepat. So , untuk yang ingin menguruskan badan, teh ini amat sesuai sekali. Untuk kesan yang lebih cepat, minum Cinch Tea sebelum bersenam...pasti anda akan bermandi peluh selepas itu.

Nak cuba teh power ni ?

WhatsApp saya.

IRA
SID 1191211
016-5392550