Tuesday 29 September 2015

Vitamin jerebu

Bila check balik belian Shaklee sempena bulan jerebu ni, ramai pelanggan tetap dan pelanggan baru yang beli Sustain Release Vitamin c dan Chewable Vitamin C. Banyak juga feedback dari mereka yang kata mereka atau anak mereka tak bersin-bersin di waktu pagi lagi, selesema berkurang, batuk pun kurang dan sekarang dah ada yang pandai ambil extra dose vitamin C sewaktu demam atau masa rasa nak demam. Inshaallah, demam makin kebah atau tak jadi demam bila ambil extra dose vitamin C ni.

Walaupun makan vitamin, jangan lupa minum air banyak-banyak dan cuba kurangkan aktiviti luar. Bagi yang masih belum mendapatkan vitamin-vitamin hebat dari shaklee, bolehlah WhatsApp saya. Jangan malu-malu :)

Friday 4 September 2015

Eat, sleep, poop... repeat

Kalau ada masa lapang yang banyak, nak buat apa ye?

Ada yang nak bercuti, ada yang nak buat crafts, ada yang nak membaca... macam-macam.

Bagi saya pulak, saya nak rehat je. Dengan kerja full time, bisnes crafts dan bisnes Shaklee saya sekarang, memang kadang-kadang tak menang tangan. Saya tak merungut. Tak ada siapa pun yang paksa saya buat kerja banyak-banyak. Saya suka busy-busy macam ni. Heh. Masa muda (muda lah sangatttt) dan masih ada tenaga lah kita pulun habis-habisan. Bila cukup bekalan, kita rehat. Masa tu, nak berspa sehari suntuk, melancong sepanjang tahun, tengok wayang bila-bila masa suka... semua pun boleh.

Sekarang, kerja kuat-kuat dulu. Ada yang nak join kerja kuat-kuat sama saya ?

WhatsApp saja;
IRA 016-5392550

p/s : jangan tiru aktiviti kucing saya ni.


Thursday 3 September 2015

Perjalanan yang panjang, kita tempuhi bersama

Musim-musim jerebu ni memang ramai yang mula sakit-sakit. Alhamdullilah, saya masih belum diserang asthma dan demam lagi. Moga dijauhkan. Tahun-tahun lepas waktu-waktu beginilah saya kerap berulang alik jumpa doktor. Siap kena sedut nebulizer lagi. Masa tu belum kenal Shaklee lagi. Tahun ni, dah kenal Shaklee bolehlah buat persediaan lebih sikit. Makan supplement cukup-cukup. Minum air banyak-banyak. Cuba elakkan berada di luar rumah. Cara saya, makan banyak-banyak vitamin C supaya tak mudah diserang batuk dan selesema, makan omega 3 untuk elakkan diserang asthma, dan tak dilupakan vitamin B complex, Garlic Complex dan Vita-Lea sebagai pelengkap perisai pertahanan. Harap-harap tak ada apa-apa. Tapi kalau nak sakit juga, nak buat macam mana kan... badan saya ni sensitif sikit dengan habuk dan asap.

Kawan-kawan saya pun ramai dah mula selesema, batuk dan demam. Paling merisaukan mereka, anak-anak juga turut sakit. Ramai juga yang dah mula bertanya-tanya pasal supplement. Ada juga yang dah order vitamin C terutamanya untuk anak... saya pesan; mak pun kena makan sekali, barulah sama-sama sihat. Heh.

Oh ya, hari ini kawan saya bagitahu yang dia dah turun sekilo selepas sebulan cuba Herb-Lax dan Lecithin. Heh. Sekilo mungkin sikit, tapi kawan saya ni dah bertahun-tahun cuba kuruskan badan dengan macam-macam ubat. Teh kurus, ubat sapu-sapu...semuaaaa tak jalannn... Hujung minggu dia siap hiking bukit lagi, sampai suaminya cakap "you ta payah naik bukit, you tada turun, bukit ada runtuh bila you naik..." hahahaha...kejam sangatttt! Mula-mula, saya takut nak suruh dia cuba Shaklee...takut tak turun juga, saya yang rasa bersalah. Heh.Tapi, dia yang beriya-iya nak cuba, saya okay je (siapa tak nak bisnes kan...). Saya suspek, kawan saya ni banyak toksin, itu sebabnya berat tak turun-turun walaupun dah cuba macam-macam cara. Saya cadangkan Herb-Lax untuk detox dan Lecithin untuk pecah lemak. Sepanjang sebulan ni, dia tak timbang berat. Nak surprise katanya. Pagi ni, jumpa saya je terus senyum lebar... "1 kilo sudah turunnnn". Yay ! Saya pulak yang happy lebih-lebih. Katanya lagi, turun sekilo sebulan pun okay, janji ada perubahan.

Nak sihat? Nak kurus ? WhatsApp saya untuk hidup yang lebih sihat dan lebih kurus (walaupun perjalanannya panjang, kita jalan sama-sama perlahan-perlahan) Heh.

IRA (SID 1191211)
016-5392550

Wednesday 2 September 2015

Kunyah vs Telan

Saya memang penggemar vitamin C. Selain bagus untuk kulit saya yang berminyak dan selalu berjerawat, vitamin C juga penting untuk sistem imun dan menyelesaikan masalah besar saya yang kerap bersin macam nak tercabut hidung di waktu pagi. Saya memilih Sustained Release Vita-C Plus Shaklee. Terus jatuh cinta dan tak tukar-tukar dah. Pertama kerana dosage  yang bersesuaian dengan keperluan badan, kedua kerana teknologi sustained release dimana vitamin C akan dilepaskan secara berperingkat-peringkat untuk khasiat yang berterusan, ketiga kerana sebotol boleh tahan 6 bulan (sangat jimat!) dan keempat of course kerana ianya sangat berkesan!

Baru-baru ini, kawan saya bertanya mengenai vitamin C untuk anaknya yang sering selesema. Tapi, masalah anaknya adalah... dia tak suka makan ubat. Heh. Takde masalah. Ini kerana, Shaklee juga ada Chewable Vita-C Plus. Ianya perlu dikunyah dan rasanya seperti buah oren. Amat sesuai untuk kanak-kanak, ibu mengandung yang selalu loya dan muntah, dan orang dewasa yang "segan" nak telan tablets.

Perbezaan anatara Sustained Release Vita-C Plus dan Chewable Vita-C Plus adalah dari segi dosage,iaitu SR Vita-C mengandungi 500mg dan Chewable Vita C hanya mengandungi 100mg. Cara makan juga berbeza, iaitu Chewable Vita-C Plus perlu dikunyah untuk bertindak balas dengan air liur supaya ianya sedia untuk diserap sebaik sahaja sampai ke usus kecil, manakala SR Vita-C perlu ditelan sahaja. Sebotol Chewable Vita-C Plus ada 90 tablets, manakala SR Vita-C Plus ada 180 tablets.

Walaupun terdapat perbezaan, kedua-dua vitamin C ini tetap mempunyai khasiat yang sama. Vitamin C memelihara kandungan antioksida semulajadi dalam badan dan melambatkan proses penuaan. Ia juga penting untuk menguatkan tulang, gigi dan gusi. Selain daripada meningkatkan sistem imun badan melawan selesema, batuk, resdung dan elergi, vitamin C juga bagus untuk mencantikkan dan mencerahkan kulit serta menghalang pembentukan pigmentasi.

So, tepuk dada tanya selera. Mana satu pilihan anda.

WhatsApp saya ;

IRA (SID 1191211)
016-5392550




Tuesday 1 September 2015

Hidup ini ibarat itik. Nampak tenang di permukaan, sebenarnya kaki kayuh laju-laju... haha

Heh. Lama tak jumpa. Sorry, busy sikit. Hari-hari nak update blog tapi hari-hari pun busy jugak.Ada banyak campaign nak kena handle. Selalunya, saya update blog masa lunch. Tapi bila kerja kat luar, memang tak dapat lah nak berlama-lama enjoy lunch. Dapat makan roti smbil berjalan pun dah kira bagus. Balik rumah dah penat. Nampak tilam dan bantal je. Internet pun satu hal. Entah kenapa lembab macam siput. Tension rasanya. Tapi, sebenarnya ada major distraction yang membuatkan saya terpaksa melupakan benda-benda lain buat sementara waktu... saya sedang sibuk pindah home office @ crafts room ke bilik bawah dan mengemas bilik stor! Kemas stor adalah benda serius. Nak kena masuk barang ikut kategori dalam kotak. Kena susun ikut kesesuaian. Once started... kena buat sampai habis. (Susahkan diri sendiri bila ada penyakit susah nak ubat ni). Hopefully, by today boleh siap. Azam bulan ni nak update blog hari-hari. Heh. Boleh ke? Inshaallah...

Kedai online Shaklee masih buka 24 jam seperti biasa. WhatsApp saja :)

IRA
SID 1191211
016-5392550