Tuesday 30 June 2015

Sehari tak mendapat, rindu nian rasanya... aduhai !

Tak sahur hari ni. Terjaga dah pukul 6.30 pagi. Terkebil-kebil kejap. Ingat-ingat balik, bila masa pulak tutup alarm pukul 5 tadi ? Rasanya macam tak sedar langsung. Tidur mati? Alhamdulillah masih panjang umur...

Haih.

Rindu pulak rasanya kat ESP dan Cinch Shake coklat... (overr sangattt kannn....)

Heh.

Monday 29 June 2015

Kawan-kawan yang macam-macam

Saya dikelilingi ramai kawan-kawan yang bukan Melayu di tempat kerja dan dalam business berbanding dengan kawan-kawan Melayu. Saya suka bergaul dengan mereka...rasanya macam lebih luas pengetahuan dengan pandangan yang berbeza. Walaupun Malaysia merupakan negara Islam, tetapi ramai bukan Muslim di luar sana yang tidak berapa faham dengan cara hidup sebenar orang Islam dan tak faham peraturan dan panduan yang ditetapkan. Kadang-kadang berpeluh juga nak terangkan kepada mereka (maklumlah, kita pun bukan pandai sangat), kadang-kadang kelakar pun ada dengan komen-komen dan pandangan yang mereka lontarkan...

"Kalau bulan puasa je, mesti panas... your God want all of you to suffer ke?" - bila dia yang lebih-lebih mengeluh bulan puasa ni panas sangat...macam dia yang puasa pulak. Heh.

"They should tukar peraturan laa... at least boleh minum, tak makan pun tak apa laa... panas maa.." - bila kasihan tengok saya kena kerja dalam cuaca yang panas... prihatin sangaaattt. Heh.

"Boleh tak payah puasa 1 hari ke? Nanti bila free, you ganti la" - bila dia plan nak buat farewell party kawan nak berhenti kerja minggu depan... sukahati jerr. Heh.

p/s : walau macam mana sekalipun, I still love all of my pren strong-strong sangattt... huhuhuhu

Tak pentipu punyerrr !

Hampir separuh bulan kita berpuasa. Belum ke pasar Ramadhan lagi tahun ni. Sebenarnya dah 3-4 tahun tak ke pasar Ramadhan dah. Tak sanggup rasanya nak menanggung kekecewaan dan kehampaan di hati. Heh.

Tak sanggup nak beli karipap inti angin, air tebu rasa air gula dan ikan patin masak tempoyak rasa lauk semalam. Kalau rajin, masak yang simple-simple apa yang ada di rumah. Kalau malas, beli di kedai yang dah biasa dan diyakini rasanya.

Seronoknya diorang berniaga pakej kaut untung dan dosa, ye? (Okaylah... bukan semua macam tu )

Baik berniaga Shaklee, takde tipu-tipunye. Makan vitamin, Inshaallah sihat. Heh.

IRA
SID 1191211
016-5392550
ira.arinza@gmail.com

Wednesday 24 June 2015

Serba salah dan salah sangka

Ada banyak dilema orang yang berniaga MLM ni.

Misalnya, kita tahu kawan kita masih belum ada zuriat walaupun dan lama kahwin. Kita ada produk untuk meningkatkan kesuburan. Kita ikhlas nak tolong. Kita nak cakap "Cubalah produk ni, mana tahu ada rezeki pulak"... tapi bimbang-bimbang kecil hati pula... takut-takut terasa hati pula. Serba salah.

Misal yang lain pula, kita tahu kawan kita ada sakit lutut, kita tahu ada yang sakit asthma, kita tahu ada yang sembelit. Kita pun ceritalah dengan panjang lebar tentang produk-produk yang boleh membantu masalah mereka. Kawan-kawan kita buat tak tahu je. Pandang kita macam kita ni nak tipu duit diorang. Macam nak mintak sedekah pula. Salah sangka.

Heh.

Serba salah dan salah sangka ni memang asam garam dalam MLM. Sabar je lah. Kalau diorang nak terus menderita dengan penyakit-penyakit diorang, kita nak kata apa lagi...kan ? Kalau diorang nak terus mendabik dada dengan ego mereka, kita nak buat apa lagi ...kan ?

p/s :
"Lantak le, yang gemuk kamu, bukan aku !" kata sifu saya (dalam hati) bila jumpa pelanggan banyak songeh nak beli slimming set. Hahaha !

"Biorkan dema, saja suka duduk spital !" kata mak sifu saya pula. Hahahaha !

Monday 22 June 2015

Cerita ESP lagi :)

Puasa tahun ni memang berbeza dengan tahun-tahun yang dulu. Tahun ni, setiap pagi bersahur dengan 1 scoop ESP dan 2 scoop Cinch. Sedap, cepat, berkhasiat, mudah dan mengenyangkan. Sambil tutup mata pun boleh bancuh. Kalau terlewat bangun pun masih sempat sahur (tapi jangan lepas subuh pun korang sahur juga ). Memang dijamin boleh bertahan sampai berbuka... tak lembik lutut punya. Kalau tak ada Cinch, boleh blend ESP dan kurma 2-3 biji... sedap woo !

Cubalah :)

IRA
SID 1191211
016-5392550
ira.arinza@gmail.com


Thursday 18 June 2015

Vitamin pun balik kampung

Hari ni balik kampung. Yay ! Tapi, sebelum balik kampung jumpa mak, singgah jumpa sifu dalam bisnes Shaklee dulu. Heh. Ini namanya sambil menyelam minum air. Dan seperti biasa, kalau nak balik kampung...selain daripada kemas kain baju, kena kemas vitamin juga. Barulah aman rasanya hati ini.

Wednesday 17 June 2015

ESP, minuman protein kesayangan saya

Esok dah nak puasa. Mungkin hari ni ramai yang shopping last minit nak beli kurma, ikan pekasam, serunding daging, papadom dan acar buah...uishh..sedapnyaa. Memang selera masa bersahur kalau pekena makanan macam ni. Bila dah selera, makan pun bertambah. Niat nak bertahan sepanjang hari, tapi pukul 12 tengah hari perut dah berkeroncong. Biasa tak macam tu ? Kadang-kadang hairan juga... makan nasi separuh periuk tapi tengah hari dah lembik lutut. Kenapa ya ?

Kalau ikut Kevin Zahri, waktu bersahur disarankan untuk ;


Hah. Kevin Zahri suruh makan segenggam karbohidrat saja okayy... bukan seperiuk. Disarankan untuk mengambil karbohidrat kompleks di mana karbohidarat kompleks ini mengambil masa 8 jam untuk dicernakan. Oleh yang demikian kita akan berasa kenyang lebih lama. Disarankan juga untuk mengambil protein yang rendah Biological Value (BV), contohnya ikan , daging , ayam , dan soya .

Untuk yang inginkan sahur yang sihat dan membekalkan tenaga yang mencukupi tapi malas nak masak-masak pagi-pagi buta terutamanya yang tinggal seorang macam saya ni, bolehlah bersahur dengan ESP. Selain daripada membekalkan tenaga dan mengurangkan rasa lapar (puasa tetap rasa lapar dan dahaga ya... ESP bukan formula ajaib untuk hilangkan terus rasa lapar tu), terdapat juga beberapa kebaikan yang lain;

* untuk yang  mahu mengandung, ESP memelihara rahim dan menyediakan rahim yang sihat untuk perkembangan bayi
* untuk yang sedang mengandung, ESP menguatkan rahim dan membantu membentuk otot dan tumbesaran bayi
* untuk yang sedang menyusukan anak, ESP menggalakkan pengeluaran susu yang pekat dan berkhasiat selain daripada membekalkan tenaga kepada ibu
* untuk yang ingin menstabilkan hormon, ESP dibuat daripada kacang soya (non GMO) yang kaya dengan isoflavon yang membantu memulihkan hormon
* untuk yang nak sihat, ESP memberikan ketahanan badan dan pelengkap nutrien dalam badan supaya badan boleh bersedia melawan penyakit yang datang
* untuk yang nak kulit cantik, ESP membuatkan kulit lebih anjal, gebu dan cerah. Ia juga boleh memudarkan jeragat dan parut
* untuk yang nak badan cantik, ESP menganjalkan payudara yang kendur dan membentuk badan agar tidak lembik dan kendur

So, bagi yang nak berpuasa esok bolehlah cepat-cepat cari ESP ni untuk mengatasi masalah gastrik, meningkatkan ketumpatan tulang, mengurangkan paras kolesterol dalam darah sebanyak 23%, melindungi buah pinggang dan sebagainya.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan untuk mendapatkan resepi ESP yang lebih sedap dan berkhasiat sepanjang berpuasa ni.

IRA
SID 1191211
016-5392550
ira.arinza@gmail.com


Wednesday 10 June 2015

Saya sangat gumbira la la la...

Saja nak bagitau... pagi tadi timbang berat dah turun 2 kg lepas hampir sebulan (20 hari) ambil set healthy fitness Shaklee. Heh.

Mungkin 2kg tu nampak sedikit. Mungkin anda boleh menurunkan berat anda sebanyak 2kg dengan mudah. Mungkin anda boleh turun 2kg tanpa mengambil apa-apa produk...

Tapi bagi saya 2kg tu pencapaian besar bagi saya. Berat saya dah tak turun-turun sejak beberapa bulan walaupun saya berdiet dengan bersungguh-sungguh. Hinggakan sampai suatu tahap rasa macam nak give up saja. Lantak lah gemuk pun gemuklah. Heh.

Pada mulanya sewaktu mencuba produk Shaklee ini pun, saya tidaklah menaruh harapan yang besar. Kalau turun , bagus... kalau tak, takpe lah. Niat saya yang utama hanya nak jaga kesihatan dengan mengambil supplement Shaklee. Di minggu pertama selepas pengambilan, berat saya tak turun pun. Tapi ada kawan-kawan yang tegur yang saya nampak susut sikit. Namun, memandangkan saya ni jenis yang mahu bukti kukuh (jarum skala di mesin penimbang), saya hanya beranggapan yang kawan-kawan saya salah pandang kot. Mungkin efek baju yang saya pakai kot. Heh.

Bila dah turun ni... tiba-tiba semangat berkobar-kobar lah pulak. Heh.

Ok. Doakan saya turun berat lagi. Nanti saya update lagi . Heh.

Kalau nk turun berat juga, jangan segan-segan hubungi saya, ya? Nanti saya akan berikan jadual pemakanan secara esklusif untuk anda.

IRA
SID 1191211
016-5392550
ira.arinza@gmail.com

Tuesday 9 June 2015

Masalah besar dengan Shaklee

Untuk menjadi Independent Distributor Shaklee(SID) kita wajib mencuba produk Shaklee. Kalau tak semua pun, mungkin 70% daripada produk Shaklee. Kalau tak cuba, macam mana kita nak tahu kelebihan dan kebaikan produk tersebut. Kalau tak cuba, macam mana kita nak meyakinkan pelanggan... macam tipu je kan?

Selain daripada itu, SID juga wajib mengkaji dengan terperinci tentang setiap produk yang ingin dipromosikan. Boleh bertanya dengan pakar pemakanan, bertanya dengan up line, bertanya dengan kawan-kawan, berdiskusi, melalui pembacaan, dan yang paling senang... encik google.

Masalahnya sekarang, semakin saya mengkaji tentang produk Shaklee ni, semakin saya nak mencuba kesemua produk Shaklee ni. Rasanya macam semua bagus. Kenyang makan vitamin je macam ni. Heh.

P/s : Jangan makan semua sekali ya? Terlalu banyak benda yang baik juga boleh memudaratkan tau. Hubungi saya untuk jadual pemakanan vitamin yang sesuai .

IRA
SID 1191211
016-5392550
ira.arinza@gmail.com

Monday 8 June 2015

Ilmu, latihan dan bimbingan dalam Shaklee

Shaklee bukanlah MLM pertama yang saya ceburi. Sebelum ini, ada juga saya terjerumus dalam kancah MLM gara-gara 'terkesian' dengan kesungguhan kawan-kawan yang bertekad dengan azam yang menggunung untuk melibatkan saya bersama. Tapi selalunya tak ke mana...terutamanya bila bab mencari downline. Yang ni memang fail. Rasa berat sangat mulut ni nak ajak kawan-kawan jadi downline. Apatah lagi nak ajak masuk MLM yang tak tau hujung pangkal, entah barang apa yang dijualnya, entah siapa-siapa pengasasnya, entah bagaimana plan pemasarannya...ish ish ish malu betul rasanya.

Tapi, dengan Shaklee ni memang berbeza. Mula-mula kenal dan terus jatuh hati dengan produknya. Yakin dengan keberkesanan produknya, secara tidak langsung tidak kekok berkongsi dengan ahli keluarga dan kawan-kawan. Di samping itu, Shaklee juga sentiasa memberi maklumat yang tepat, mantap dengan plan pemasaran yang terbukti berkesan dan konsisten dalam memberi bimbingan dan latihan untuk pengedar-pengedarnya. Hampir setiap bulan ada saja program-program yang bermanafaat dan hebat.

Ahad ini, 14 jun 2015 akan diadakan New Distributor training di Kinta Riverfront Hotel, Ipoh...dan saya dah beli tiket. Yay ! Tak mahal RM 40 sahaja. Tak mahal kalau dibandingkan dengan ilmu yang akan kita dapat dari pukul 10 pagi hingga 6 petang tu (makan disediakan tau). So, kalau ada sesiapa yang nak join saya, boleh hubungi saya untuk mendaftar jadi ahli, ya? Oh, nak jadi ahli RM 75 je... and by the way dari bulan May hingga Oktober 2015 setiap ahli baru yang mendaftar dan membeli sekurang-kurangnya 1 produk Shaklee akan mendapat Vita-Lea secara PERCUMA ! OMG !

Heh. Best kan?

So, tunggu apa lagi? Hubungi saya ya ?

IRA
SID 1191211
016-5392550
ira.arinza@gmail.com

Friday 5 June 2015

Sihat dan kaya, nak apa lagi ?

Di Shaklee, bukan sekadar produknya yang hebat-hebat dan berkesan... Program perniagaannya juga mantap dan terbukti mampu dilakukan oleh semua orang. Dari pelajar, yang bekerja dan suri rumah sepenuh masa mampu melakukannya.

Anda hanya perlu mencuba produknya (ini wajib, supaya kita dapat merasai keberkesanannya) dan seterusnya berkongsi dengan kawan-kawan dan keluarga. Kadang-kadang tak payah dan bersusah payah untuk promote kalau kita sendiri testimoni bergerak.Misalnya kalau kita menggunakan set slimming Shaklee dan berjaya turun beberapa kilo, pastinya kawan-kawan akan mula bertanya... Tak percaya ? Cuba lah :)

Hubungi saya kalau nak cuba, ya ?

IRA
SID 1191211
016-5392550
ira.arinza@gmail.com

Mahu tumit kaki licin bak telur dikupas ?

Kaki tidak mengeluarkan minyak secara semula jadi macam kulit muka. Ia bergantung kepada kelenjar peluh semata-mata untuk mengekalkan kelembapan. Namun, ada kalanya terdapat beberapa sebab yang menghalang badan daripada melakukan tugasnya sendiri. Antaranya disebabkan diabetes, masalah thyroid, penyakit kronik yang mengganggu kulit, edema dan proses penuaan. Ia juga boleh disebabkan oleh bakteria, kekurangan vitamin, terdedah kepada air dengan agak lama, kasut yang tidak sesuai dan kekurangan pengudaraan di kawasan kaki.

Terdapat beberapa petua untuk melembutkan tumit, antaranya adalah dengan merendam kaki dalam air suam yang diletakkan 1 cawan cuka putih atau 1/2 cawan baking soda atau beberapa titik tea tree oil atau 2-3 sudu makan jus lemon. Rendam kaki selama 30-45 minit, keringkan, sapukan pelembab dan pakai stokin. Sebaik-baik pelembab adalah minyak zaitun atau minyak kelapa dan bukan yang bukan berasaskan air.

Tapi, kalau rasa malas (macam saya) dan renyah sangat dan rendam-pelembab-stokin bagai... boleh gunakan Herbal Blend dari Shaklee... semestinya :)

Herbal Blend mengandungi ramuan semulajadi yang terdiri daripada ;

- Sege Leaf yang digunakan untuk merawat masalah dan jangkitan pada kulit, juga untuk merawat kesan daripada gigitan serangga.
- Horse Chestnut seed yang digunakan untuk merawat elergi pada kulit dan eczema .
- Yarrow yang digunakan untuk menyembuhkan luka, selesema dan demam
- Rosemary Leaf yang merupakan musuh serangga, nyamuk dan kumbang

Antara ciri-ciri Herbal Blend adalah ia dingin pada kulit, dibuat daripada herba semulajadi, tidak berminyak, mudah meresap, aroma yang menyegarkan kerana ia berbau herba, mudah digunakan, sesuai untuk semua golongan, tanpa paraben juga steroid dan pastinya halal.

Selain daripada merawat tumit kaki yang kasar dan merekah Herbal Blend boleh juga digunakan untuk merawat psoriasis, eczema, gatal-gatal digigit serangga, menghilangkan parut, menghilangkan ruam, untuk luka melecur dan sebagai losen harian.

Oleh kerana Herbal Blend ini sangat bermanafaat dan sangat-sangat murah, maka ia selalu sahaja kehabisan stok. Cepat-cepat hubungi saya untuk mencuba, ya?

Thursday 4 June 2015

Bag saya berbunyi vitamin

Kawan : Kenapa bag you ada bunyi-bunyi
Saya : Oh, itu bunyi vitamins
Kawan : Huh ?
Saya : (Buka bag dan tunjukkan beberapa botol vitamin di dalam bag saya)
Kawan : Banyaknya... you makan semua tu?
Saya : Yup. Tapi bukan semuanya serentak. Ada jadual punyaa...
Kawan : Oh I see. Itu vitamins untuk apa ?
Saya : Lecithin untuk pecahkan lemak. Omega Guard untuk kesihatan jantung dan bakar lemak as well. Alfalfa untuk detox , hilangkan bau badan and keputihan. GLA Complex pula untuk regular period, kulit cantik dan kesihatan wanita secara keseluruhan.
Kawan : Ooooo... tapi kenapa you tak letak dalam bekas yang lebih kecil. Bawak botol-botol besar tu ambil space dalan bag saja
Saya : Tak mau
Kawan : Kenapa ?
Saya : So that, bila ada orang nampak I makan vitamin or dengar bunyi-bunyi dari bag I ni, orang akan tanya.I will explain and boleh jual terus... macam you sekarang ni... So, you nak beli yang mana satu ? I bagi special price for you.
Kawan : Cis...

Wednesday 3 June 2015

Vitamin pertama di dunia

Yah... seperti yang dijanjikan, hari ni kita cerita pasal Vita-Lea. Vitamin yang pertama di dunia ini dicipta oleh Dr. Forrest C Shaklee 100 tahun yang lalu. Nama asalnya adalah Vitalize-Mineral yang disingkatkan kepada vitamin (yang diguna pakai oleh semua orang sehingga kini).


     

Vita-Lea mengandungi 28 vitamin dan mineral yang penting untuk keperluan tubuh badan seperti yang disarankan oleh RDA. Mineral yang terkandung di dalam Vita-Lea mudah bertindak balas dengan protein untuk diserap dengan pantas oleh usus kecil. Setiap biji Vita-Lea disalut spirulina dan merupakan vitamin yang sangat pantas larut dalam air. Oleh yang demikian ia juga mudah terlarut di dalam perut anda dan diserap oleh badan dengan segera dan memberikan tenaga dengan pantas.


Kalau nak senaraikan kebaikan setiap satu vitamin dan mineral yang terdapat dalam Vita-Lea ni, boleh jadi entri panjang macam nak buat thesis, so saya ambil vitamin dan mineral yang penting-penting saja untuk dikongsikan bersama ;

Biotin - membantu badan menghasilkan tenaga dari protien dan lemak
Vitamin D - menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat
Beta Karotena - meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi
Vitamin E - menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi
Kalsium - menyokong kekuatan tulang, urat saraf dan otot
Magnesium - menyokong kekuatan tulang, otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung

Secara kesimpulannya, antara kebaikan Vita-Lea adalah ;

-pemberi tenaga dan menguatkan mental supaya lebih fokus
-nutrisi yang lengkap
-meningkatkan metabolisma
-melambatkan proses penuaan
-menggalakkan pertumbuhan sel baru, rambut, otot, kulit dan kuku
-menyeimbangkan hormon
-untuk kesihatan tirod
-melindungi buah pinggang, jantung dan hati
-menigkatkan imun badan

Selain daripada itu, kajian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea selama setahun akan mengurangkan risiko untuk jatuh sakit sebanyak 65%.

Hah. Banyak betul kebaikan Vita-Lea ni. Tunggu apa lagi ? Kalau nak sihat jangan bertangguh-tangguh. Hubungi saya untuk keterangan lanjut, ya?

p/s :
-Individu yang menghidap Lupus, perlu mendapat nasihat pakar sebelum mengambil produk ini. Ini kerana Vita-lea mengandungi alfalfa (medicago sativa)
-Elakkan untuk mengambil Vita-lea bersama susu/kalsium/ostemetrix kerana dikhuatiri mengganggu penyerapan zat oleh badan
-Elakkan mengambil Vita Lea ketika perut kosong. Dikhuatiri anda akan pening kerana tindak balas proses penyerapan zat dan nutrien yang pantas
-Minum banyak air kosong untuk memudahkan penyerapan




Monday 1 June 2015

Ada apa dengan multivitamin dan makanan tambahan?

Kenapa kita perlu makan multivitamin dan mengambil nutrien yang mencukupi untuk tubuh badan setiap hari ? Bukankah kita sudah makan macam-macam jenis makanan setiap hari ? Saya suka makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar... bukankan itu lebih baik daripada mengambil vitamin yang mengandungi zat yang sama? Saya sihat je... ambil vitamin dan makanan tambahan nak buat apa?

Heh.

Mari kita tengok kenapa... ya?

Tubuh badan memerlukan nutrien yang mencukupi untuk terus berfungsi secara efisien. Nutrien yang diserap oleh tubuh badan  ini sumber utamanya adalah daripada makanan dan minuman yang diambil seharian. Persoalannya sekarang, sejauh manakah anda yakin yang anda telah mengambil makanan yang secukupnya untuk membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan anda? Misalnya, untuk mendapatkan vitamin C yang mencukupi, kita perlu makan sekurang-kurangnya 7 1/2 biji buah oren sehari. Siapa yang makan 7 1/2 biji oren setiap hari sila angkat tangan. Apabila kekurangan nutrien, tidak lah  badan anda berhenti berfungsi pulak, cuma ia akan cuba dengan sedaya upaya untuk berfungsi dengan "apa yang ada", dan memastikan "apa yang ada" tu tak hilang dari badan pula. Contohnya, anda berdiet gila-gila. Nak kurus macam Heidi Klum dalam masa 2 bulan. Anda tak ambil lemak langsung dalam diet anda. Makan sayur mentah macam kambing. Malam-malam mengigau pun keluar bunyi kambing.Takpe lah, asalkan boleh kurus. Oleh yang demikian, badan anda terpaksa menggunakan lemak yang sedia ada untuk terus bekerja. Anda pun kurus dalam masa yang singkat. Yay ! Bila dah dapat berat badan ideal, anda dah tak payah diet lagi. Makan macam biasa semula. Seminggu selepas itu anda akan mendapati berat badan anda bertambah secara drastik. Kenapa? Why?? Ini kerana, sewaktu anda makan makanan yang berlemak semula, badan anda sangat happy tetapi pada masa yang sama ia takut anda akan diet lagi dan ia pun cepat-cepat simpan lemak tu banyak-banyak. Sudahnya, anda pun seperti beruang. Aha.

Ramai yang mengetahui bahawa vitamin akan musnah pada suhu yang tinggi. Oleh yang demikian, sayur kailan ikan masin , kangkung goreng belacan dan pucuk paku masak lemak kegemaran anda itu mungkin hanya sedap dan memberikan zat serat semata-mata... nutriennya mungkin sebahagian besarnya telah musnah dalam proses memasak. Kalau mahu zat yang optimum, sila makan sayur mentah yang fresh sahaja, ok tak? Mbekkk...

Dengan kepesatan teknologi sekarang, semua pun nak cepat-cepat belaka. Kenderaan nak laju, kurus nak cepat, makan nak segera... akibatnya, makanan yang segera-segera ni, hanya mengenyangkan tetapi tidak berzat . Kadang-kadang makan makanan segar pun ada bahayanya. Sayuran dan buah- buahan yang terdapat di pasar dan pasaraya kebanyakkannya memang nampak segar, cantik dan sihat-sihat rupanya. Tapi, sayur dan buah yang tidak ditebuk ulat ni mungkin tinggi kandungan racun serangga yang merbahaya kepada kesihatan. So, macam mana?

Ramai juga di antara kita yang memilih makanan. Tak makan sayur. Tak makan daging. Tak minum susu. Tak makan ikan. Tak makan nasi (yang ni popular dikalangan yang nak jadi Heidi Klum ) dan sebagainya. Jadi, bagaimanakah tubuh badan anda nak dapatkan nutrien yang secukupnya?

Senang saja. Makan secara konsisten. Pilih makanan yang segar dan tinggi kandungan zatnya. And pop up your multivitamin. Punyalah banyak multivitamin di pasaran, pilih saja mana yang berkenan di hati. Tapi, kalau mahu vitamin yang pertama dicipta di dunia, yang bertahun-tahun penyelidikannya, yang diiktiraf sebagai "THE BEST MULTIVITAMIN " oleh Centre For Science di USA, yang dipilih oleh Tun Mahathir untuk kesihatannya sejak sekian lama... pilihlah VITA LEA dari Shaklee.Heh.

Nanti saya akan ceritakan dengan panjang lebar mengenai Vita Lea ni. Sementara itu, kalau berminat nak mencuba kehebatan Vita Lea ni, boleh hubungi saya ya?

IRA
SID 1191211
016-5392550
ira.arinza@gmail.com