Tuesday 26 May 2015

Mula

Kita mula ya?

Agak kekok sebenarnya...maklumlah, sudah lama tidak berblog (blog dahulu kali terakhir ditulis lebih kurang 5 tahun dahulu). Asyik tertangguh-tangguh. Mahu cari idea dari langit dulu, mahu sampai seru dan ilham dewa-dewa dulu, mahu cari gambar-gambar cantik dulu, mahu kumpul maklumat terperinci tahap desertasi Phd dulu ... sudahnya tak mula-mula juga.

Ya, saya mengaku mengidap penyakit "mahu-buat-yang-terbaik-kalau-tak-terbaik-tak-payah-buat-langsung ni". Heh. Ada baiknya penyakit ni... tapi lebih kepada yang buruk, sebenarnya. Ada kalanya, saya takut untuk mencuba kerana saya fikir saya tak mampu buat. Ada kalanya, berhenti separuh jalan kerana alasan yang sama.

Kuasa minda.

Tapi, saya percaya saya juga punya minda yang boleh membawa manafaat kepada orang lain. Punya idea dan cerita yang boleh dikongsikan bersama orang lain (oh, mungkin ada juga terselit cerita yang tak berfaedah sangat.. heh )... dan itu antara tujuan saya menulis di sini.

Mahu bercerita. Mahu berkongsi.


No comments:

Post a Comment