Tuesday 6 October 2015

Tak boleh tak ada

Kawan saya tanya, dalam banyak-banyak supplement Shaklee, mana satu yang saya paling suka. Lama jugak saya fikir. Saya jawab, saya tak ada yang paling suka... semua pun saya suka. Kalau saya pilih, nanti pilih kasih. Semua pun adalah kesayangan saya !

Over sangatt...

Okay, sebenarnya saya ada top 5 supplement "tak boleh tak ada" (yang bermaksud kalau duit tak berapa cukup pun, try cari juga pasal nak makan supplement ni) ;

Rasanya korang pun perasan saya banyak cerita tentang SR VitaC kan. Memang saya dah jatuh cinta dengan SR VitaC ni selepas saya merasai sendiri keberkesanannya. Hidung saya ni sensitif sikit dengan habuk dan asap. Ada asthma pulak. Ditambah dengan resdung dan jerawat pulak tu. Complete package. Pagi-pagi acara wajib saya adalah bersin-bersin. Lepas bersin-bersin, hidung gatal dan berair. Bila kena habuk dan asap, mesti selsema-batuk-tonsil bengkak-demam dan acara kemuncaknya asthma. Selepas saya amalkan SR VitaC ni, dah kurang acara bersin-bersin pagi-pagi tu. Bila saya rasa macam nak selsema, cepat-cepat telan 2-3 biji SR VitaC. Alhamdullillah, tak lama lepas tu akan lega. Tak payah telan panadol lagi. Kesan juga dapat dilihat pada kulit. Kulit menjadi lebih lembut dan yang paling best, jerawat segan nak muncul. Oleh kerana SR VitaC ni dah membantu menyelesaikan sebahagian besar masalah kesihatan saya, tentulah saya letak SR VitaC dalam Top 5 supplement "tak boleh tak ada" saya .

Yang kedua, adalah Omega Guard. Yang ni pun banyak membantu menangani asthma dan batuk. Selain daripada itu, Omega Guard juga boleh membakar lemak dan menjaga kesihatan jantung. So, saya tak risau sangat bila makan lebih sikit kerana saya tahu Omega Guard akan jadi "body guard" saya. Heh.

GLA juga saya harus masukkan dalam carta. Ini kerana GLA juga dah selesaikan salah satu masalah kesihatan saya. Haid tak teratur. Sebelum ni, saya tak datang bulan bila saya naik/ turun berat badan dan bila tension / stress. Kadang-kadang dua bulan sekali dan kadang-kadang sebulan 2 kali. Lepas makan GLA, alhamdullilah tak ada masalah lagi. Cukup kitaran 25 hari mesti kibarkan bendera Jepun.

Mula-mula saya makan Ostematrix hanya kerana ia memang dah ada dalam set. Tak rasa pun yang saya ni tak cukup kalsium pasal saya memang suka makanan dan minuman berasaskan susu ni. Saya memang ada sakit pinggang sikit-sikit dan bertambah sakit bila waktu datang bulan. Saya anggap biasa saja. Tak teruk sangat pun. Setelah makan Ostematrix saya tak perasan yang sakit pinggang saya dah hilang. Hinggalah pada suatu hari Ostematrix saya habis dan saya tak beli yang baru. 2 minggu jugaklah saya tak makan Ostematrix. Baru saya perasan yang saya sakit pinggang kembali. Terus pergi beli Ostematrix dan kini Ostematrix dah masuk carta supplement "tak boleh tak ada" saya.

Last but not least, adalah Herb Lax. Inilah supplement Shaklee pertama saya. Herb Lax sangat straight forward. Untuk memudahkan pembuangan dan mencuci usus dan perut. Kesan sangat pantas. Makan 4 biji malam ni, esok pagi tangki septic mesti kosong. Ahh... legaaaa. Heh.  

Bila ditengok balik rupanya banyak masalah kesihatan rupanya saya ni. Cuma sebelum jumpa Shaklee tak perasan pun ada masalah. Bila masalah dah selesai, baru tahu betapa leganya dah tak ada masalah-masalah tu lagi. Alhamdulillah. Syukur sangat.

Masalah saya dah selesai. Masalah anda bagaimana pula?

WhatsApp saya.
IRA 016-5392550

p/s : kalau ada masalah kewangan pun boleh diselesaikan, inshaallah :)


No comments:

Post a Comment