Musim-musim jerebu ni memang ramai yang mula sakit-sakit. Alhamdullilah, saya masih belum diserang asthma dan demam lagi. Moga dijauhkan. Tahun-tahun lepas waktu-waktu beginilah saya kerap berulang alik jumpa doktor. Siap kena sedut nebulizer lagi. Masa tu belum kenal Shaklee lagi. Tahun ni, dah kenal Shaklee bolehlah buat persediaan lebih sikit. Makan supplement cukup-cukup. Minum air banyak-banyak. Cuba elakkan berada di luar rumah. Cara saya, makan banyak-banyak vitamin C supaya tak mudah diserang batuk dan selesema, makan omega 3 untuk elakkan diserang asthma, dan tak dilupakan vitamin B complex, Garlic Complex dan Vita-Lea sebagai pelengkap perisai pertahanan. Harap-harap tak ada apa-apa. Tapi kalau nak sakit juga, nak buat macam mana kan... badan saya ni sensitif sikit dengan habuk dan asap.
Kawan-kawan saya pun ramai dah mula selesema, batuk dan demam. Paling merisaukan mereka, anak-anak juga turut sakit. Ramai juga yang dah mula bertanya-tanya pasal supplement. Ada juga yang dah order vitamin C terutamanya untuk anak... saya pesan; mak pun kena makan sekali, barulah sama-sama sihat. Heh.
Oh ya, hari ini kawan saya bagitahu yang dia dah turun sekilo selepas sebulan cuba Herb-Lax dan Lecithin. Heh. Sekilo mungkin sikit, tapi kawan saya ni dah bertahun-tahun cuba kuruskan badan dengan macam-macam ubat. Teh kurus, ubat sapu-sapu...semuaaaa tak jalannn... Hujung minggu dia siap hiking bukit lagi, sampai suaminya cakap "you ta payah naik bukit, you tada turun, bukit ada runtuh bila you naik..." hahahaha...kejam sangatttt! Mula-mula, saya takut nak suruh dia cuba Shaklee...takut tak turun juga, saya yang rasa bersalah. Heh.Tapi, dia yang beriya-iya nak cuba, saya okay je (siapa tak nak bisnes kan...). Saya suspek, kawan saya ni banyak toksin, itu sebabnya berat tak turun-turun walaupun dah cuba macam-macam cara. Saya cadangkan Herb-Lax untuk detox dan Lecithin untuk pecah lemak. Sepanjang sebulan ni, dia tak timbang berat. Nak surprise katanya. Pagi ni, jumpa saya je terus senyum lebar... "1 kilo sudah turunnnn". Yay ! Saya pulak yang happy lebih-lebih. Katanya lagi, turun sekilo sebulan pun okay, janji ada perubahan.
Nak sihat? Nak kurus ? WhatsApp saya untuk hidup yang lebih sihat dan lebih kurus (walaupun perjalanannya panjang, kita jalan sama-sama perlahan-perlahan) Heh.
IRA (SID 1191211)
016-5392550