Wednesday 2 September 2015

Kunyah vs Telan

Saya memang penggemar vitamin C. Selain bagus untuk kulit saya yang berminyak dan selalu berjerawat, vitamin C juga penting untuk sistem imun dan menyelesaikan masalah besar saya yang kerap bersin macam nak tercabut hidung di waktu pagi. Saya memilih Sustained Release Vita-C Plus Shaklee. Terus jatuh cinta dan tak tukar-tukar dah. Pertama kerana dosage  yang bersesuaian dengan keperluan badan, kedua kerana teknologi sustained release dimana vitamin C akan dilepaskan secara berperingkat-peringkat untuk khasiat yang berterusan, ketiga kerana sebotol boleh tahan 6 bulan (sangat jimat!) dan keempat of course kerana ianya sangat berkesan!

Baru-baru ini, kawan saya bertanya mengenai vitamin C untuk anaknya yang sering selesema. Tapi, masalah anaknya adalah... dia tak suka makan ubat. Heh. Takde masalah. Ini kerana, Shaklee juga ada Chewable Vita-C Plus. Ianya perlu dikunyah dan rasanya seperti buah oren. Amat sesuai untuk kanak-kanak, ibu mengandung yang selalu loya dan muntah, dan orang dewasa yang "segan" nak telan tablets.

Perbezaan anatara Sustained Release Vita-C Plus dan Chewable Vita-C Plus adalah dari segi dosage,iaitu SR Vita-C mengandungi 500mg dan Chewable Vita C hanya mengandungi 100mg. Cara makan juga berbeza, iaitu Chewable Vita-C Plus perlu dikunyah untuk bertindak balas dengan air liur supaya ianya sedia untuk diserap sebaik sahaja sampai ke usus kecil, manakala SR Vita-C perlu ditelan sahaja. Sebotol Chewable Vita-C Plus ada 90 tablets, manakala SR Vita-C Plus ada 180 tablets.

Walaupun terdapat perbezaan, kedua-dua vitamin C ini tetap mempunyai khasiat yang sama. Vitamin C memelihara kandungan antioksida semulajadi dalam badan dan melambatkan proses penuaan. Ia juga penting untuk menguatkan tulang, gigi dan gusi. Selain daripada meningkatkan sistem imun badan melawan selesema, batuk, resdung dan elergi, vitamin C juga bagus untuk mencantikkan dan mencerahkan kulit serta menghalang pembentukan pigmentasi.

So, tepuk dada tanya selera. Mana satu pilihan anda.

WhatsApp saya ;

IRA (SID 1191211)
016-5392550




No comments:

Post a Comment