Saturday, 11 July 2015

Tips mudah menjual kalau anda jenis malu-malu meowmeow

Saya faham, bagi yang baru-baru nak mula menjual apa-apa sahaja jenis barang dan perkhidmatan masalah utama adalah tak reti nak mula macam mana, nak cakap apa, nak close deal macam mana...kan?

Berat hati, segan, malu, takut, ragu-ragu, semua mak nenek ada kan... ?

Kalau dah berat sangat mulut tu nak mulakan, biar badan anda yang buat kerja untuk anda. Macam mana? Jadilah testimoni bergerak. Kalau jual produk kecantikan, anda makanlah, sapulah, tonyohlah dulu produk-produk kecantikan itu ke muka anda dulu sampai cantik. Bila dah cantik, pelanggan sendiri akan bertanya kepada anda. Kalau jual produk kurus pula, usahalah sungguh-sungguh sampai kurus. Jangan harap produk semata-mata, diet lah juga, bersenamlah sama , jangan malas (peringatan kepada diri sendiri juga ni ), bila dah kurus, berderu-deru order masuk taww... mungkin cara ni lambat sedikit, tapi lebih baik lambat asalkan masyukk dikemudian hari kan?

Orang tak suka kalau kita terlalu memaksa. Kalau hari-hari tanya dia bila nak beli, pergi rumah dia bawak katalog besar peti ais selak satu-satu dari pukul 6pm sampai 2am... memang orang menyampah. Mungkin dia beli untuk menghalau anda buat seketika, lepas tu dia pindah rumah kerana nak mengelak dari berjumpa dengan anda, anda juga yang rugi kan?Wat lek wat pis jer. Jenis-jenis yang anti produk MLM ni kena jual mahal sikit. Buat macam tak kisah sangat kalau diorang tak beli. Tapi bila bersembang tu kena selit-selit sikit pasal produk kita. Biar masuk ke minda bawah sedar diorang. Heh.

Kena rajin membuat kajian. So, bila pelanggan tanya mengenai produk anda, takdelah anda tergaru-garu kepala nak jawab. Penjual yang bijak dan berilmu lebih disenangi pelanggan. Secara automatic anda akan berasa lebih yakin untuk menjual.

Mesti kreatif juga. Ini yang membezakan anda dan penjual-penjual yang lain. Kreatif ni tak boleh diajar. Tapi, kita boleh melatih diri kita dengan membuat pemerhatian dan perbandingan. Jangan tiru, tapi olah . 

Yang paling penting adalah niat. Kalau anda berniaga nak kaya pasal nak berlagak dengan kawan-kawan, atau nak kaya pasal nak buat modal berjudi kat kasino (hahaha...ada ke niat macam ni??), saya tak pastilah di mana kesudahan perniagaan anda. Niatlah baik-baik agar baik-baik juga hasilnya.

P/s : hari ni happy sangat, dapat order dari kawan-kawan. Ada siapa-siapa lagi nak order? Boleh COD sekitar Ipoh juga. WhatsApp saya :)

IRA
SID 1191211
016-5392550

Friday, 10 July 2015

I dah rasmi folder Shaklee riang ria raya uollss !

Hari ini selepas visit patients (oh, saya bukan doktor...saya PR di salah sebuah hospital swasta di Ipoh ni :) saya terserempak dengan kakak housekeeping di depan pharmacy. Sebelum ni kami selalu bersembang setiap kali dia mengemas pejabat saya. Topik popular adalah mengenai berat badan. Heh.

Alang-alang terserempak, saya berhenti untuk bersembang sekejap. Dia tarik tangan saya masuk pharmacy. Tanya saya apa yang saya makan, nampak dah kurus. Hehehe. Opkos lah saya cakap "inilah Shaklee effect!!" Sudah turun 4 kilo dalam masa hampir 2 bulan. Penurunan berat yang selamat, tak terlalu drastik dan tak terlalu perlahan. Saya rasa sihat dan bertenaga, tak lemau dan lembik seperti ketika saya mencuba produk-produk slimming yang dahulu.

Antara soalan-soalan yang ditanya adalah harganya, cara makannya, ada side effect tak.... dan macam-macam lagi. "Jom masuk office I, kita cerita panjang-panjang" Heh.

Saya ambil folder yang baru je saya siapkan semalam (cadangnya nak guna folder tu untuk promote barang Shaklee kepada tetamu yang berkunjung sewaktu aidilfitri nanti).Selepas bercerita mengenai kebaikan produk, cerita tentang company yang kukuh selama 50 tahun di Malaysia, cerita tentang betapa saya berpuas hati dengan produk ini... saya cadangkan dia untuk mengambil set kurus bajet yang terdiri daripda Herb Lax dan Lecithin. Saya percaya, selepas merasa keberkesanan kedua-dua produk ini, dia pasti akan menambah produk-produk yang lain pula.

"wokey, besok saya kasi duit... nanti adik kasi beli sama saya aaa"

"wokeh, akka...rumba thanks !"

p/s : Nak cantik dan kurus ni dambaan semua wanita tak kita pangkat dan darjat. Siapa kata susah nak jual Shaklee ?? Nak try ? WhatsApp saya :)

IRA
SID 1191211
016-5392550
ira.arinza@gmail.com


Thursday, 9 July 2015

Saya nak jadi boss, okayy...

Hari ni sifu saya tanya kenapa saya nak buat business Shaklee ni...adakah saya nak jadi jutawan? Heh.

Sebenarnya, saya tak terfikir pun nak jadi jutawan (tapi kalau dapat, apa salahnya kannn...). Sebenarnya saya sangat suka berniaga sendiri dan tak suka kerja bawah orang . Makan gaji ni bagi saya sangat merugikan... kita kerjalah sekuat mana pun, hujung bulan dapat gaji banyak tuuu jugak. Setahun sekali dapat bonus dan naik gaji, selain daripada tu, sama sahaja. Huh.

Saya mula berniaga sejak dari sekolah rendah lagi. Business pertama saya adalah dengan menjual hand made greeting cards. Potong card manila, lukis, warnakan dan jual pada harga 50 sen sekeping. Heh. Masa tu mana tau nak value harga handmade cards. Selain daripada tu, saya buat perkhidmatan meminjam buku cerita kepada kawan-kawan. Saya gemar membaca buku cerita dan mempunyai  koleksi buku yang banyak. Bila kawan-kawan nak pinjam, saya akan kenakan denda kalau mereka lambat memulangkan buku saya... 10 sen sehari. Tapi, kadang-kadang kawan-kawan buat muka kesian, tak nak bayar denda... saya tutup sebelah mata.Haha. Bila cikgu tanya, cita-cita, saya cakap nak jadi boss dan ada supermarket sendiri (masa tu supermarket sajalah yang paling hebat di kampung saya). Heh.

Bila dah bekerja, saya masih tetap menjalankan part time business saya. Antara business yang saya buat adalah menjual home made chocolate, kek, biskut dan yang paling popular di kalangan kawan-kawan saya adalah florentine cookies.

Arts and crafts memang tak boleh dipisahkan dengan saya. Saya gemar painting, doodling, menjahit... apa saja yang artsy fartsy. Semua hasil kerja saya tersimpan di rumah saja. Sehingga satu hari, saya mendapat idea untuk menjual di arts and crafts market setelah terbaca mengenainya di surat khabar. Lebih kurang setahun bukak booth dan berjualan di arts and crafts market, saya membuat keputusan untuk menyewa sebuah kedai comel bersama 2 kawan yang lain yang turut mempunyai minat yang sama dengan saya.Pada May 2014, lahirlah IPOH CRAFNERDS, kedai tempat sekumpulan crafters berkumpul, lepak-lepak, makan-makan dan berbisnes. Heh.

Business Shaklee pula bermula secara tak sengaja setelah saya jatuh cinta dengan produknya. Alang-alang saya pengguna tegar produk ini, lebih baik jika saya berkongsinya dengan kawan-kawan dan orang lain. Mudah-mudahan mendapat manafaat bersama. Manafaat sihat dan manafaat pendapatan sampingan. Seronok kan? Mudah kan?

Tak susah nak berniaga ni. Tak semestinya memerlukan modal yang tinggi. Yang penting, kena bersungguh-sungguh, kreatif, rajin dan konsisten. Kalau jatuh cepat-cepat bangun sendiri :)

Kalau nak sihat dan ada pendapatan sampingan, boleh hubungi saya ya?

IRA
SID 1191211
016-5392550
ira.arinza@gmail.com

p/s : Kalau nak beli barang-barang craft pula, silalah ke kedai saya ye... Ipoh Craftnerds, shoplex C, 75 Jalan Panglima, Ipoh Perak (dekat Plan B Ipoh) Heh.

p/p/s : Doakan saya cepat-cepat jadi boss ye...


Tuesday, 7 July 2015

Membazir itu amalan shaitonnirojimmm...

Huh ! Berjaya mengelak godaan kawan-kawan untuk berbuka puasa di hotel. Lebih kurang RM80 untuk satu kepala... senangnya hotel nak kaut untung. Tapi yang peliknya, ramai je yang pergi. Tak rasa membazir ke? Ye lah, waktu kita berbuka bukannya boleh nak telan semuanya sekali harung. Tekejut perut tiba-tiba kena sumbat kambing golek, daging salai, murtabak bagai... Last-last makan itu sikit, ini sikit, air 3 gelas yang mungkin semuanya kalau dicongak-congak tak sampai pun RM10 harganya.

Bukankah bulan Ramadhan ini kita sepatutnya berjimat dan elakkan pembaziran. Hmm... tak payah berhujah panjang lebar pasal kegawatan ekonomi, wombat disangka babi (eh tetiba), ringgit jatuh, duit yang tak pernah cukup-cukup kalau tembolok sendiri pun tak reti nak jaga, nafsu sendiri tak reti nak kawal. Buat malu je.

p/s : Memang pantang tok nenek tengok orang membazir makanan. Huh, mencik !

Monday, 6 July 2015

Masker vitamin C dan E Shaklee

Dulu, saya amat-amat malas nak bermasker bagai... kalau teringat nak scrub sekali sekala pun dah kira bagus. Heh.

Namun semenjak dua menjak bershaklee ni, tiba-tiba je rajin nak jaga muka. Agaknya mood nak jaga kesihatan ni pakej dengan nak jaga kecantikan kot. Heh.

Yang menariknya, saya dah tak payah nak beli masker mahal-mahal lagi. Sambil telan vitamin sambil pupur kat muka. Masker kegemaran saya adalah vitamin C dan E. Untuk vitamin C, hanya perlu hancurkan tablet, titiskan sedikit air dan tempeklah ke muka sesuka hati. Masker vitamin C ini untuk menegangkan kulit, mengecutkan jerawat, mengawal minyak dan mencerahkan kulit. Untuk membuat masker vitamin E pula, cucuk softgel dengan pin yang bersih, keluarkan minyak dan sapulah ke muka sampai habis. Vitamin E ini untuk melembutkan kulit muka, memudarkan parut dan membuat kulit glowing-glowing giteww...

Selain daripada vitamin C dan E, alfalfa, collagen, ESP dan vivix juga boleh dibuat masker. Mudah dan jimat, kan?


P/s : sebotol vitamin C tahan sehingga 6 bulan dan sebotol vitamin E tahan sehingga 4 bulan... jenuh nak tunggu habis kan...jom buat masker seminggu 2-3 kali !


IRA

SID 1191211

016-5392550


Sunday, 5 July 2015

Kurus dan cantik dengan Shaklee

"Ira, I dah tak jumpa you baru 2 minggu tapi I rasa you dah kurus lah"

Tak lama lepas tu...

"Ira, you dah cantik lah, tak payah kurus lagi pasal you tinggi..."

OK, THATS IT !!

up (angkat tangan paras telinga, berdiri tegak)

Maka kami, berikrar akan menjadi pengguna setia Shaklee forever and ever till death do us part !

down (hidung kembang kempis menahan gemuruh jiwa semangat membara)

Disclaimer : part yang tak payah kurus lagi tu agak melampau sikit kenyataan kawan saya tu, tapi part yang lain, saya mengakui ada kebenarannya di sana....heh

P/s : kawan-kawan saya yang baik hati sentiasa memberi semangat dalam proses saya nak kurus ni. Ai lebiu so mach.

P/p/s: tapi saya ada jugak kawan-kawan yang hampeh yang berikan komen-komen macam "you ada kurus meh...macam takde saja woh..." -komen-komen yang macam ni, abaikan saja...deme jeles le tewww

Saturday, 4 July 2015

Cik Jah tailor dan Kak Gayah cookies, burning the midnight oil ke kome?

Amboi amboi amboi...

Musim-musim raya ni makin sibuk lah Kak Jah jahit baju raya dan Kak Gayah bakar biskut raya customer ye. Maklumlah tinggal 2 minggu lagi nak raya. Tak menang tangan kan. Mana nak jahit baju dan bakar kuih, nak jaga laki, nak urus anak... Lepas berbuka, orang lain boleh berehat-rehat buat amal ibadah, Cik Jah dan Kak Gayah sibuk menjahit dan bakar biskut. Penat sangat rasanya...kadang-kadang sambil menjahit boleh terlelap, sambil bakar biskut boleh berdengkur. (apakah ?)

Ahaaa...

Tahukah anda, bahawa Shaklee ada 1 produk yang bila minum, mata terus buntang tak ngantuk lagi. Lepas minum, tenaga datang mencurah-curah tak penat dan longlai lagi. Lepas minum, metabolisme meningkat tak lemau lagi. Tahu tak ??

Cinch Tea Shaklee mengandungi matcha green tea, taurina, white tea, rooibos red tea dan red tea yang berfungsi sebagai antioksida, energy booster, metabolism booster, bakar kalori, melarutkan lemak, menghalang penghasilan lemak baru, agen detox yang hebat dan polifenol yang terdapat dalam teh ini dapat memulihkan kerosakan badan yang disebabkan radikal bebas yang boleh mencegah kanser. 

So, Kak Jah, Cik Gayah dan sesiapa sahaja yang perlukan tenaga tambahan di bulan puasa ni, cepat-cepat hubungi saya untuk mendapatkan Cinch Tea hebat ini.

IRA
SID 1191211
016-5392550
ira.arinza@gmail.com

p/s : sekali sekala kena tukar pendekatan dalam penulisan huhuhuhu

Friday, 3 July 2015

Buah-buahan yang sangat seksi

Walaupun dah makan macam-macam jenis vitamin, jangan lupa "real food" pula. Vitamin sekadar mencukupi dan melengkapi apa yang kurang dalam badan. Makan tetap kena makan, ya kawan-kawan...

Semalam borong stok buah-buahan kat pasar malam. Tapi pisang, mangga dan tembikai takde pulak. Takpe, hari ni pergi Tesco pulak cari buah-buah tu dan barang dapur yang lain pulak.

P/s : titew fefiling healthy sesangat bila borong buah-buah ni tawww



Thursday, 2 July 2015

Raksasa yang gumbira makan Omega Guard, Lecithin, Alfalfa dan Cinch Tea

Antara kemestian saya sewaktu berbuka adalah Omega Guard, Lecithin, Alfalfa dan Cinch Tea.

Omega Guard bertindak untuk mengawal kadar kolesterol dan melindungi jantung. Lecithin pula berfungsi sebagai pemecah lemak dan membantu untuk menyerap zat-zat penting ke dalam badan. Alfalfa pula bertindak sebagai ajen untuk menyingkirkan toxic dan melawaskan pembuangan, dan akhir sekali... teh kesukaan saya, Cinch Tea berperanan untuk meningkatkan metabolisma dan membantu membakar kalori sehingga 4 kali ganda.

Kesan paling cepat yang dapat dilihat selepas makan semua ini adalah, sebelum tidur mesti buang air besar sekurang-kurangnya sekali. Hah... guilty free. Lepas makan macam raksasa sewaktu berbuka, kita membuat pelaburan di tandas pula .

Saya suka! Saya suka! Saya suka!

Nak jadi raksasa yang kesukaan dan kegumbiraan macam saya?

Hubungi saya... rawwrr !

IRA
SID 1191211
016-5392550
ira.arinza@gmail.com

Wednesday, 1 July 2015

Mengidam yang bukan-bukan walaupun tak mengandung?

Baru perasan, sejak mengamalkan makan vitamin Shaklee dengan konsisten dan makan makanan yang sihat, saya sudah lama tidak teringin nak minum Coca Cola, dah tak teringat nak makan potato chips, dah tak lalu nak makan mee segera, dah tak berahi outlet makanan segera, dah tak bernafsu nak makan hot dog dan nuggets.

Aha...

Bila dah detox bersih-bersih, zat dalam badan pula cukup... badan akan berhenti hantar signal mengada-ngada nak makan itu ini kat otak. So, kalau nak sihat, kalau nak kurus, kalau nak cantik...pastikan mulakan dengan detox,dan seterusnya pastikan zat-zat penting dalam badan mencukupi.

Tak percaya ?

Cuba dulu , baru tau.

IRA
SID 1191211
016-5392550
ira.arinza@gmail.com