Hari ni sifu saya tanya kenapa saya nak buat business Shaklee ni...adakah saya nak jadi jutawan? Heh.
Sebenarnya, saya tak terfikir pun nak jadi jutawan (tapi kalau dapat, apa salahnya kannn...). Sebenarnya saya sangat suka berniaga sendiri dan tak suka kerja bawah orang . Makan gaji ni bagi saya sangat merugikan... kita kerjalah sekuat mana pun, hujung bulan dapat gaji banyak tuuu jugak. Setahun sekali dapat bonus dan naik gaji, selain daripada tu, sama sahaja. Huh.
Saya mula berniaga sejak dari sekolah rendah lagi. Business pertama saya adalah dengan menjual hand made greeting cards. Potong card manila, lukis, warnakan dan jual pada harga 50 sen sekeping. Heh. Masa tu mana tau nak value harga handmade cards. Selain daripada tu, saya buat perkhidmatan meminjam buku cerita kepada kawan-kawan. Saya gemar membaca buku cerita dan mempunyai koleksi buku yang banyak. Bila kawan-kawan nak pinjam, saya akan kenakan denda kalau mereka lambat memulangkan buku saya... 10 sen sehari. Tapi, kadang-kadang kawan-kawan buat muka kesian, tak nak bayar denda... saya tutup sebelah mata.Haha. Bila cikgu tanya, cita-cita, saya cakap nak jadi boss dan ada supermarket sendiri (masa tu supermarket sajalah yang paling hebat di kampung saya). Heh.
Bila dah bekerja, saya masih tetap menjalankan part time business saya. Antara business yang saya buat adalah menjual home made chocolate, kek, biskut dan yang paling popular di kalangan kawan-kawan saya adalah florentine cookies.
Arts and crafts memang tak boleh dipisahkan dengan saya. Saya gemar painting, doodling, menjahit... apa saja yang artsy fartsy. Semua hasil kerja saya tersimpan di rumah saja. Sehingga satu hari, saya mendapat idea untuk menjual di arts and crafts market setelah terbaca mengenainya di surat khabar. Lebih kurang setahun bukak booth dan berjualan di arts and crafts market, saya membuat keputusan untuk menyewa sebuah kedai comel bersama 2 kawan yang lain yang turut mempunyai minat yang sama dengan saya.Pada May 2014, lahirlah IPOH CRAFNERDS, kedai tempat sekumpulan crafters berkumpul, lepak-lepak, makan-makan dan berbisnes. Heh.
Business Shaklee pula bermula secara tak sengaja setelah saya jatuh cinta dengan produknya. Alang-alang saya pengguna tegar produk ini, lebih baik jika saya berkongsinya dengan kawan-kawan dan orang lain. Mudah-mudahan mendapat manafaat bersama. Manafaat sihat dan manafaat pendapatan sampingan. Seronok kan? Mudah kan?
Tak susah nak berniaga ni. Tak semestinya memerlukan modal yang tinggi. Yang penting, kena bersungguh-sungguh, kreatif, rajin dan konsisten. Kalau jatuh cepat-cepat bangun sendiri :)
Kalau nak sihat dan ada pendapatan sampingan, boleh hubungi saya ya?
IRA
SID 1191211
016-5392550
ira.arinza@gmail.com
p/s : Kalau nak beli barang-barang craft pula, silalah ke kedai saya ye... Ipoh Craftnerds, shoplex C, 75 Jalan Panglima, Ipoh Perak (dekat Plan B Ipoh) Heh.
p/p/s : Doakan saya cepat-cepat jadi boss ye...
No comments:
Post a Comment