Saturday, 11 July 2015

Tips mudah menjual kalau anda jenis malu-malu meowmeow

Saya faham, bagi yang baru-baru nak mula menjual apa-apa sahaja jenis barang dan perkhidmatan masalah utama adalah tak reti nak mula macam mana, nak cakap apa, nak close deal macam mana...kan?

Berat hati, segan, malu, takut, ragu-ragu, semua mak nenek ada kan... ?

Kalau dah berat sangat mulut tu nak mulakan, biar badan anda yang buat kerja untuk anda. Macam mana? Jadilah testimoni bergerak. Kalau jual produk kecantikan, anda makanlah, sapulah, tonyohlah dulu produk-produk kecantikan itu ke muka anda dulu sampai cantik. Bila dah cantik, pelanggan sendiri akan bertanya kepada anda. Kalau jual produk kurus pula, usahalah sungguh-sungguh sampai kurus. Jangan harap produk semata-mata, diet lah juga, bersenamlah sama , jangan malas (peringatan kepada diri sendiri juga ni ), bila dah kurus, berderu-deru order masuk taww... mungkin cara ni lambat sedikit, tapi lebih baik lambat asalkan masyukk dikemudian hari kan?

Orang tak suka kalau kita terlalu memaksa. Kalau hari-hari tanya dia bila nak beli, pergi rumah dia bawak katalog besar peti ais selak satu-satu dari pukul 6pm sampai 2am... memang orang menyampah. Mungkin dia beli untuk menghalau anda buat seketika, lepas tu dia pindah rumah kerana nak mengelak dari berjumpa dengan anda, anda juga yang rugi kan?Wat lek wat pis jer. Jenis-jenis yang anti produk MLM ni kena jual mahal sikit. Buat macam tak kisah sangat kalau diorang tak beli. Tapi bila bersembang tu kena selit-selit sikit pasal produk kita. Biar masuk ke minda bawah sedar diorang. Heh.

Kena rajin membuat kajian. So, bila pelanggan tanya mengenai produk anda, takdelah anda tergaru-garu kepala nak jawab. Penjual yang bijak dan berilmu lebih disenangi pelanggan. Secara automatic anda akan berasa lebih yakin untuk menjual.

Mesti kreatif juga. Ini yang membezakan anda dan penjual-penjual yang lain. Kreatif ni tak boleh diajar. Tapi, kita boleh melatih diri kita dengan membuat pemerhatian dan perbandingan. Jangan tiru, tapi olah . 

Yang paling penting adalah niat. Kalau anda berniaga nak kaya pasal nak berlagak dengan kawan-kawan, atau nak kaya pasal nak buat modal berjudi kat kasino (hahaha...ada ke niat macam ni??), saya tak pastilah di mana kesudahan perniagaan anda. Niatlah baik-baik agar baik-baik juga hasilnya.

P/s : hari ni happy sangat, dapat order dari kawan-kawan. Ada siapa-siapa lagi nak order? Boleh COD sekitar Ipoh juga. WhatsApp saya :)

IRA
SID 1191211
016-5392550

1 comment:

  1. mana lagi untung, bukak kasino ke bukak kedai toto? (bukan toto tempat tido)

    ReplyDelete