Friday 5 June 2015

Mahu tumit kaki licin bak telur dikupas ?

Kaki tidak mengeluarkan minyak secara semula jadi macam kulit muka. Ia bergantung kepada kelenjar peluh semata-mata untuk mengekalkan kelembapan. Namun, ada kalanya terdapat beberapa sebab yang menghalang badan daripada melakukan tugasnya sendiri. Antaranya disebabkan diabetes, masalah thyroid, penyakit kronik yang mengganggu kulit, edema dan proses penuaan. Ia juga boleh disebabkan oleh bakteria, kekurangan vitamin, terdedah kepada air dengan agak lama, kasut yang tidak sesuai dan kekurangan pengudaraan di kawasan kaki.

Terdapat beberapa petua untuk melembutkan tumit, antaranya adalah dengan merendam kaki dalam air suam yang diletakkan 1 cawan cuka putih atau 1/2 cawan baking soda atau beberapa titik tea tree oil atau 2-3 sudu makan jus lemon. Rendam kaki selama 30-45 minit, keringkan, sapukan pelembab dan pakai stokin. Sebaik-baik pelembab adalah minyak zaitun atau minyak kelapa dan bukan yang bukan berasaskan air.

Tapi, kalau rasa malas (macam saya) dan renyah sangat dan rendam-pelembab-stokin bagai... boleh gunakan Herbal Blend dari Shaklee... semestinya :)

Herbal Blend mengandungi ramuan semulajadi yang terdiri daripada ;

- Sege Leaf yang digunakan untuk merawat masalah dan jangkitan pada kulit, juga untuk merawat kesan daripada gigitan serangga.
- Horse Chestnut seed yang digunakan untuk merawat elergi pada kulit dan eczema .
- Yarrow yang digunakan untuk menyembuhkan luka, selesema dan demam
- Rosemary Leaf yang merupakan musuh serangga, nyamuk dan kumbang

Antara ciri-ciri Herbal Blend adalah ia dingin pada kulit, dibuat daripada herba semulajadi, tidak berminyak, mudah meresap, aroma yang menyegarkan kerana ia berbau herba, mudah digunakan, sesuai untuk semua golongan, tanpa paraben juga steroid dan pastinya halal.

Selain daripada merawat tumit kaki yang kasar dan merekah Herbal Blend boleh juga digunakan untuk merawat psoriasis, eczema, gatal-gatal digigit serangga, menghilangkan parut, menghilangkan ruam, untuk luka melecur dan sebagai losen harian.

Oleh kerana Herbal Blend ini sangat bermanafaat dan sangat-sangat murah, maka ia selalu sahaja kehabisan stok. Cepat-cepat hubungi saya untuk mencuba, ya?

No comments:

Post a Comment