Monday, 1 June 2015

Ada apa dengan multivitamin dan makanan tambahan?

Kenapa kita perlu makan multivitamin dan mengambil nutrien yang mencukupi untuk tubuh badan setiap hari ? Bukankah kita sudah makan macam-macam jenis makanan setiap hari ? Saya suka makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar... bukankan itu lebih baik daripada mengambil vitamin yang mengandungi zat yang sama? Saya sihat je... ambil vitamin dan makanan tambahan nak buat apa?

Heh.

Mari kita tengok kenapa... ya?

Tubuh badan memerlukan nutrien yang mencukupi untuk terus berfungsi secara efisien. Nutrien yang diserap oleh tubuh badan  ini sumber utamanya adalah daripada makanan dan minuman yang diambil seharian. Persoalannya sekarang, sejauh manakah anda yakin yang anda telah mengambil makanan yang secukupnya untuk membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan anda? Misalnya, untuk mendapatkan vitamin C yang mencukupi, kita perlu makan sekurang-kurangnya 7 1/2 biji buah oren sehari. Siapa yang makan 7 1/2 biji oren setiap hari sila angkat tangan. Apabila kekurangan nutrien, tidak lah  badan anda berhenti berfungsi pulak, cuma ia akan cuba dengan sedaya upaya untuk berfungsi dengan "apa yang ada", dan memastikan "apa yang ada" tu tak hilang dari badan pula. Contohnya, anda berdiet gila-gila. Nak kurus macam Heidi Klum dalam masa 2 bulan. Anda tak ambil lemak langsung dalam diet anda. Makan sayur mentah macam kambing. Malam-malam mengigau pun keluar bunyi kambing.Takpe lah, asalkan boleh kurus. Oleh yang demikian, badan anda terpaksa menggunakan lemak yang sedia ada untuk terus bekerja. Anda pun kurus dalam masa yang singkat. Yay ! Bila dah dapat berat badan ideal, anda dah tak payah diet lagi. Makan macam biasa semula. Seminggu selepas itu anda akan mendapati berat badan anda bertambah secara drastik. Kenapa? Why?? Ini kerana, sewaktu anda makan makanan yang berlemak semula, badan anda sangat happy tetapi pada masa yang sama ia takut anda akan diet lagi dan ia pun cepat-cepat simpan lemak tu banyak-banyak. Sudahnya, anda pun seperti beruang. Aha.

Ramai yang mengetahui bahawa vitamin akan musnah pada suhu yang tinggi. Oleh yang demikian, sayur kailan ikan masin , kangkung goreng belacan dan pucuk paku masak lemak kegemaran anda itu mungkin hanya sedap dan memberikan zat serat semata-mata... nutriennya mungkin sebahagian besarnya telah musnah dalam proses memasak. Kalau mahu zat yang optimum, sila makan sayur mentah yang fresh sahaja, ok tak? Mbekkk...

Dengan kepesatan teknologi sekarang, semua pun nak cepat-cepat belaka. Kenderaan nak laju, kurus nak cepat, makan nak segera... akibatnya, makanan yang segera-segera ni, hanya mengenyangkan tetapi tidak berzat . Kadang-kadang makan makanan segar pun ada bahayanya. Sayuran dan buah- buahan yang terdapat di pasar dan pasaraya kebanyakkannya memang nampak segar, cantik dan sihat-sihat rupanya. Tapi, sayur dan buah yang tidak ditebuk ulat ni mungkin tinggi kandungan racun serangga yang merbahaya kepada kesihatan. So, macam mana?

Ramai juga di antara kita yang memilih makanan. Tak makan sayur. Tak makan daging. Tak minum susu. Tak makan ikan. Tak makan nasi (yang ni popular dikalangan yang nak jadi Heidi Klum ) dan sebagainya. Jadi, bagaimanakah tubuh badan anda nak dapatkan nutrien yang secukupnya?

Senang saja. Makan secara konsisten. Pilih makanan yang segar dan tinggi kandungan zatnya. And pop up your multivitamin. Punyalah banyak multivitamin di pasaran, pilih saja mana yang berkenan di hati. Tapi, kalau mahu vitamin yang pertama dicipta di dunia, yang bertahun-tahun penyelidikannya, yang diiktiraf sebagai "THE BEST MULTIVITAMIN " oleh Centre For Science di USA, yang dipilih oleh Tun Mahathir untuk kesihatannya sejak sekian lama... pilihlah VITA LEA dari Shaklee.Heh.

Nanti saya akan ceritakan dengan panjang lebar mengenai Vita Lea ni. Sementara itu, kalau berminat nak mencuba kehebatan Vita Lea ni, boleh hubungi saya ya?

IRA
SID 1191211
016-5392550
ira.arinza@gmail.com

No comments:

Post a Comment