Monday 29 June 2015

Kawan-kawan yang macam-macam

Saya dikelilingi ramai kawan-kawan yang bukan Melayu di tempat kerja dan dalam business berbanding dengan kawan-kawan Melayu. Saya suka bergaul dengan mereka...rasanya macam lebih luas pengetahuan dengan pandangan yang berbeza. Walaupun Malaysia merupakan negara Islam, tetapi ramai bukan Muslim di luar sana yang tidak berapa faham dengan cara hidup sebenar orang Islam dan tak faham peraturan dan panduan yang ditetapkan. Kadang-kadang berpeluh juga nak terangkan kepada mereka (maklumlah, kita pun bukan pandai sangat), kadang-kadang kelakar pun ada dengan komen-komen dan pandangan yang mereka lontarkan...

"Kalau bulan puasa je, mesti panas... your God want all of you to suffer ke?" - bila dia yang lebih-lebih mengeluh bulan puasa ni panas sangat...macam dia yang puasa pulak. Heh.

"They should tukar peraturan laa... at least boleh minum, tak makan pun tak apa laa... panas maa.." - bila kasihan tengok saya kena kerja dalam cuaca yang panas... prihatin sangaaattt. Heh.

"Boleh tak payah puasa 1 hari ke? Nanti bila free, you ganti la" - bila dia plan nak buat farewell party kawan nak berhenti kerja minggu depan... sukahati jerr. Heh.

p/s : walau macam mana sekalipun, I still love all of my pren strong-strong sangattt... huhuhuhu

No comments:

Post a Comment