Thursday, 30 July 2015

Badan yang sihat bermula dari hati yang sihat

Ramai orang tak kisah pasal kesihatan hati. Bila ada tanda-tanda yang menunjukkan hati kita bermasalah, selalunya bila keadaan dah agak kronik. Sebenarnya ada tanda-tanda kecil yang kita terlepas pandang dan anggap ianya tidak serius.

Antaranya adalah muncul tanda-tanda penuaan yang tidak sepatutnya, pertambahan berat badan dan susah nak turunkan berat walaupun berdiet dan kira kalori, kembung perut, sakit atau tak selesa dibahagian atas perut (bawah tulang rusuk),mata menjadi kekuningan, lemak yang banyak di kawasan perut, bau mulut yang busuk, pedih ulu hati, tompok-tompok hitam seperti jeragat di kulit, badan selalu panas dan gatal-gatal kulit ataupun kulit merah bertompok-tompok dan acne.

Terdapat beberapa amalan yang boleh meningkatkan kesihatan hati kita. Antaranya dengan makan banyak kobis, brokoli, brussels, asparagus dan sayur-sayur hijau. Buah-buahan sitrus seperti oren dan lemon juga boleh membantu. Selain daripada itu, makanan yang tinggi kandungan sulfur seperti bawang putih, bawang merah dan telur juga boleh diamalkan. Elakkan makanan tinggi lemak, gula (terutamanya gula tiruan), karbohidrat putih seperti nasi putih dan makanan yang diperbuat dari tepung. Dan akhir sekali minum banyak air.

Shaklee pandai jaga hati dengan adanya DTX Complex. Heh. DTX ni kaya dengan bahan antioksida, nyah toksin, membantu proses penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu, mencegah dan merawat batu karang, melawan anemia, merendahkan paras gula dalam darah, anti-radang, membina imun, mengurangkan masalah sinusitis dan bronchitis dan merawat keletihan yang kronik.

DTX Complex boleh menjaga kesihatan hati kita, tapi kalau busuk hati dan selalu sakit hati kat orang lain memang susah nak ubat. Banyak-banyaklah berselawat dan bersedekah... :)

IRA
SID 1191211
016-5392550

Wednesday, 29 July 2015

B Complex Shaklee untuk yang sudah berkahwin, yang belum berkahwin, yang tak kahwin-kahwin dan yang dah lama tak kahwin :)

B Complex yang lengkap kandungan vitamin B seperti B1, B2, B3, B5, B6, B12 dan beberapa vitamin larut air yang lain seperti acid folic, acid panthothenic dan biotin sangat penting untuk tubuh badan terutamanya kepada ibu-ibu yang sedang mengandung. Ini kerana kandungan yang terdapat dalam B Complex Shaklee amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik dan mencegah anemia. Acid folic yang terdapat dalam B Complex ini mampu mencegah bayi pra matang dan kecacatan seperti spina bifida(kecacatan pada tulang belakang), anencephaly (otak dan sumsum tulang belakang gagal berkembang), dan encephalocele (otak baby tidak ditutup oleh tengkorak dan terkeluar dari kedudukan asalnya). Oleh yang demikian, ibu mengandung amat-amat disarankan untuk mengambil B Complex ini. Bagi yang ingin mendirikan rumah tangga atau yang merancang untuk mendapatkan zuriat, bolehlah mengambil B Complex ini sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum berkahwin sebagai persediaan awal.

Selain daripada itu, B Complex ini juga sangat penting kerana berperanan sebagai pemangkin menukarkan makanan kepada tenaga, mencegah stress, untuk kesihatan mata kuku kulit dan rambut, menguatkan antibodi dan membantu meningkatkan konsentrasi.

Ada orang tanya, kenapa bau B Complex busuk dan kencing juga busuk setelah makan B Complex ? Ini kerana kandungan Thiamin yang terdapat dalam B Complex tersebut. Oleh kerana ia larut air maka air kencing juga turut berbau busuk dan berwarna kuning. Jangan risau, minum air banyak-banyak ya?

Sebotol B Complex ni tahan selama 4 bulan... murah pula harganya. WhatsApp saya untuk keterangan lanjut.

IRA
SID 1191211
016-5392550

Monday, 27 July 2015

The unstoppable Master Freddie Lee

Semalam, saya berkesempatan ke Motivation & Recognition Rally dan juga Raya Celebration Shaklee di Syeun Hotel Ipoh. Selain daripada dapat makan free, ada cabutan bertuah(tapi saya tak bertuah huuuu...), dapat tengok pengiktirafan yang Shaklee bagi pada ahli-ahli yang naik pangkat (bila tengok makcik-makcik pun boleh buat, tetiba rasa tak puas hati...in a good way okayyy), dan acara kemuncaknya adalah dapat dengar perkongsian daripada Master Coordinator yang pertama di Malaysia dan di Asia Pasifik, iaitu Master Freddie Lee.

Master Freddie ni dah jadi Master sejak tahun 1989 lagi. Masa tu, mana nak ada internet dan komputer canggih-canggih ni. So, dia kena buat hard core selling dan masa mula-mula dia join Shaklee ni, produk Shaklee yang ada hanyalah Vita-Lea, Vitamin C dan protein powder (ESP). Hmm... 3 produk pun boleh jual, sekarang dah ada berpuluh-puluh produk pun bagi alasan susah nak jual...haih.

Master Freddie ni memang cergas. Cakap tak berhenti-henti, dah cukup masa pun dia still go on and on and on sampai pengacara majlis terpaksa berhentikan dia. Heh. Mungkin dia excited pasal dia anak jati Ipoh kot... Wooot woot ! Orang Ipoh memang hebat ! Heee...Oh, the best part, saya dapat buku dan poster free dari Master Freddie. Yay !

P/s : kucing-kucing saya pun terpikat dengan renungan mata Master Freddie yang mengancam dan membakar semangat itu :)

Saturday, 25 July 2015

Shaklee mahal ? Habis tu, orang kaya dan retis je lah boleh makan Shaklee?!!

Heh. Tajuk kasi bakar emosi sikit.

Hari ni ada lagi kawan yang tanya rahsia saya dah kurus (masih gemuk, tapi kurus dari sebelum-sebelum ni :) Bila saya cakap saya makan Shaklee, mesti (hampir 80%) diorang cakap, "Ooo... Shaklee...mahallll" . Heh. Sebenarnya, saya pun beranggapan sedemikian sebelum saya benar-benar mengenali Shaklee.

Apa definisi mahal? Di manakah penanda aras sesuatu barang tu mahal ? RM50 mahal? RM100 mahal? Atau RM500 baru mahal? Saya rasa produk murah tapi tak berkesan baru dikategorikan sebagai mahal, sebab kita beli banyak macam mana sekalipun, ia tetap tak berkesan. Produk murah tapi bahaya laaaagi mahal, sebab lepas makan produk tu, kita kena bayar bill hospital yang tinggi pulak. Bagi saya, apa salahnya berbelanja lebih sikit jika kita tahu produk itu berkesan dan selamat. Kan? Tapi betul ke Shaklee mahal ? Meh kita buat kira-kira sikit...

Kita ambil contoh supplement Shaklee yang paling murah, Zinc Complex. Harga retailnya RM33.75 untuk 120 tablets. Kita perlu makan sebiji je sehari. So, sebotol Zinc Complex ni boleh tahan selama 4 bulan. Sebulan, harga retail Zinc ni RM8.45 jerrrr...tak sampai RM10 pun. Murah ke murah?

Agen detox paling popular dikalangan pelanggan saya... Herb-Lax. Harga retail RM52.50 untuk 120 tablets. Perlu makan 4 biji sekali makan, tapi seminggu 2 kali sahaja. Sebotol boleh tahan sehingga 4 bulan. So, sebulan harga retail untuk Herb-Lax hanyalah lebih kurang RM13.10 sahaja. Korang top up telefon pun lebih kannn...

Vitamin kegemaran saya pulak, Sustained Release Vitamin C Plus. Harga retailnya RM92.50 untuk 180 tablets. Yang ni kena makan sebiji je sehari. So, sebotol tahan 6 bulan. Setengah tahun tuuu... Sebulan, harga retailnya hanya RM15.40 sahaja. Mahal jugak ke?

Okay, saya ambil contoh supplement Shaklee yang paling mahal. Nanti orang cakap saya ambil contoh yang murah-murah je. Vivix harga retailnya RM475. Uish mahal ye... tapi sebotol tahan 2 bulan ye. Makan sesudu kecil je sehari. Kesannya seawal beberapa hari penggunaan. Kalau dibandingkan dengan jus kesihatan yang terkenal tu harga sebotol RM129 diorang claim tahan sebulan (mak saya kata tak sampai sebulan pun kalau ikut sukatan sebenarnya, lebih kurang 2 minggu lebih je). So, mana lagi murah ye? (Siapa yang dah makan Vivix ni, memang tak nak tukar dah, macam mak saya :)

Harga yang saya kira ni harga retail ye kawan-kawan. Harga ahli jaaaauuuhhh lebih murah. Tu tak masuk harga promotion lagi (setiap bulan, ada beberapa produk yang dipilih untuk dapat harga promotion). Kalau kawan-kawan nak dapat harga jaaaauuuuhhhh lebih murah, WhatsApp saya, kita bincang :)

IRA
SID 1191211
016-5392550

Thursday, 23 July 2015

Saya, durian dan Shaklee

Sebelum ni, saya tak makan durian sangat. Paling maksima yang boleh saya telan adalah 3 ulas saja. Bukan tak suka, tapi badan tak boleh terima. Kalau makan lebih, mulalah tekak sakit, tonsil bengkak, batuk, demam...macam-macam. Kadang-kadang rasa rugi jadi orang Perak tak  dapat makan durian. Apatah lagi kat dusun ada pokok durian. Tak cukup kat dusun sendiri, dusun pakcik makcik pun banyak durian sampai tak habis makan.

Raya tahun ni serentak dengan musim durian. Sampai-sampai kampung haritu, saya disambut dengan selonggok durian kat depan rumah. Menusuk baunya. Hari pertama try 2-3 ulas. Hari kedua tambah sikit ke 5-6 ulas. Masuk hari ketiga, makan seperti tiada esok bagiku.

Eh eh...tak demam pulak. Tak batuk pulak. Tonsil tak bengkak pulak. Eh eh hairannya. Nape ekkk ...?

Mestilah ini Tuhan punya kuasa. Keajaiban boleh berlaku dengan kehendak Nya. Disamping itu, saya juga rasa ketahanan badan saya melawan penyakit dah meningkat dek konsisten dengan Shaklee. Vitamin C , B complex, garlic complex, DTX, dan macam-macam lagi lah...

Banyaknya makan vitamin? Banyaknya belanja nak beli vitamin? Melabur untuk badan sendiri apa salahnya. Kalau ada orang suka beli kasut, gila shopping tudung, gemar melancong... saya pula suka beli vitamin. So what? Heh. Nikmat makan durian mungkin kecil bagi sesetengah orang, tapi bagi saya happynya lain macam :)

Nak tahu happy lain macam tu macam mana ?

WhatsApp saya .

IRA
SID 1191211
016-5392550

Wednesday, 22 July 2015

Parti liar

Dah seminggu cuti, hari ni masuk kerja balik. Dah seminggu melantak macam raksasa, hari ni diet balik. Heh.

Semalam balik rumah, saya disambut dengan confetti tisu oleh kucing-kucing saya (selain daripada hadiah dalam litter box). Huh.

Diorang buat parti liar rupanya !

p/s : Nasib baik saya makan B complex. Taklah saya stress dan  bertukar menjadi harimau jadian. Tenang je sapu sampah dan bersihkan litter box. Heh.

IRA
SID 1191211
016-5392550

Monday, 20 July 2015

Testimoni Vivix Shaklee

Okay, hati ni saya nak belanja testimonial dari mak saya sendiri setelah mengambil Vivix selama 2 bulan. Mak saya ni ada penyakit kencing manis. Komplikasi dari penyakit itu, seluruh badan mak saya tumbuh ruam gatal-gatal terutamanya di bawah dada dan di celah-celah pelipat peha, tengkuk dan punggung. Kuku kaki mak saya juga bertukar menjadi hitam dan buruk. Luka susah nak sembuh dan bila sembuh, parutnya sangat jelas dan berwarna hitam. Selain daripada ubat hospital, dah bermacam-macam ubat alternatif dicubanya. Bila ada saja jus kesihatan (dari yang popular sepopular juara lagu hinggalah yang terlajak laris katanyaa...) yang boleh menyembuhkan kencing manis, mesti dicubanya. Tapi, tak ada satu pun yang berkesan.

Saya cuba kenalkan Vivix. Bacakan testimoni. Tunjukkan video di you tube dan macam-macam lagi. Pada mulanya mak saya agak terkejut mendengar harga Vivix. Tapi bila saya bandingkan harga sebotol  Vivix dengan penggunaanya yang tahan selama hampir 2 bulan, bandingkan pula harga jus-jus kesihatan lain yang murah tetapi perlu minum 2 ke 3 botol sebulan (yang sebenarnya boleh jadi lebih mahal dari Vivix), bandingkan pula keteguhan Shaklee selama ini dengan syarikat-syarikat entah siapa-siapa yang baru setahun jagung, bandingkan saintis Dr. Shaklee dengan Dr. BeliEntahDariManaLepasTuClaimBolehUbatOrangOhPleaseLaa ....

Heh.

Dipendekkan cerita, mak saya setuju. Mula-mula makan Vivix, berlaku semacam healing crisis pada mak saya. Dia tidur sepanjang hari. Rasa lemah badan dan mengantuk teramat sangat. Selepas 2 hari, badannya dah mula recover. Dia rasa segar dan cergas. Pada suatu hari(eh, macam cerita sang kancil pulak), mak saya berasa sakit dan pedih pada ruam-ruamnya terutama di bahagian dada. Keesokkan harinya, dia mendapati ruamnya telah kering dan tidak gatal lagi. Semalam saya tengok, bawah dada mak saya dah licin tanpa sebarang kesan ruam sebelum ni. Kuku kaki mak saya dah pulih, tidak hitam dan buruk lagi. Parut-parut di badan mak saya pun dah menipis dan parut-parut baru hampir hilang. Alhamdulillah. Syukur sangat.

Kencing manis mak saya masih ada tetapi terkawal. Saya percaya dengan penggunaan yang konsisten dan berterusan, akan dapat mengurangkan dan mengawal penyakit mak saya tu. Yang penting kena sabar.

Selain daripada bagus untuk kencing manis, terdapat pelbagai lagi kebaikan
Vivix Shaklee. Antaranya :

* Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
* Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
* Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
*Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
*Mengurangkan kemungkinan penyakit nyanyuk - merawat azhameir
*Membantu merawat penyakit parkinson
*Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
*Meningkatkan kesihatan imum badan
*Menggalakan kesihatan keseluruhan

Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Sehingga bulan Oktober 2015, beli 2 botol Vivix, anda berpeluang mendapat diskaun 5%, cash bonus, keahlian percuma, dan sebotol multivitamin Vita Lea yang berharga RM88.75. Untung sangat. Cepat-cepat WhatsApp saya, beli buat stok untuk mak ayah dan diri sendiri.

Sunday, 19 July 2015

Air yang sihat dan bersih dengan Shaklee

Masak air untik diberi minum kepada anak-anak raksasa gorgon telah menjadi masalah besar kepada mak saya setiap kali kami adik beradik berkumpul. Ini kerana kami minum sorang sejag (tak lepas dahaga kalau minum dengan cawan) heh. Oleh yang demikian, kami selalunya beli air mineral berbotol-botol untik memuaskan kedahagaan kami yang tidak bertepi itu. Heh.

Justeru, untuk memudahkan mak saya, saya telah memperkenalkan Get Clean® Water yang mengaplikasikan sistem penapisan air baharu berbilang paten bagi menghasilkan air yang lebih bersih dan sihat. Berbanding jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar berbahaya - termasuk sehingga 99% plumbum! OMG !

Get Clean® Water merupakan jag air pertama yang menggunakan sistem penapis blok karbon yang boleh diisi semula. Langkah ini membantu mengurangkan timbunan botol plastik bagi pemuliharaan alam sekitar. Ia juga berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air bagi setiap blok penapis. Mesra alam tawww...

Ia disahkan berkesan mengurangkan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain di samping mengekalkan kandungan mineral air yang bermanfaat. Selain daripada itu, ia disahkan berkesan mengurangkan klorin, oleh yang demikian ia dapat membantu mengurangkan ancaman kesihatan akibat bahan sampingan klorin.

Kos yang sangat minima kerana hanya beberapa sen bagi satu liter air yang lebih sihat dengan rasa yang lebih sedap dan air yang sangat jernih. Jag air juga dilengkapi meter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah ditapis (tidak memerlukan kuasa elektrik). Ianya ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. Ia juga cantik untuk diletakkan di meja makan dan dihidangkan kepada tetamu...kelasss kau Maria!

So, tunggu apa lagi? WhatsApp saya untuk letakkan satu di pejabat, rumah anda, rumah mertua dan di pondok menunggu durian supaya anda tidak keputusan bekalan air yang bersih dan sihat.

Tuesday, 14 July 2015

Budak-budak gendut kena tinggal

Hari ni sibuk siapkan kerja apa yang patut. Hantar report. Sembang dengan patients lama sikit, nanti rindu pulak seminggu tak jumpa. Heh. Esok dah mula cuti sampai selasa. Syoknya cuti lama. Heee

Seronok tu memang lah seronok... tapi hati ada gundah gulana sikit. Selain daripada takut tak dapat menahan godaan juadah raya, berat hati sikit nak tinggalkan 4 ekor budak gendut di rumah. Haish.

(Ada yang balik Ipoh petang raya ni karang aaaa...)

Monday, 13 July 2015

Risau tambah berat badan di Aidilfitri ? Shaklee boleh membantu :)

Sedih kan, Ramadhan dah nak habis... tak pasti boleh jumpa Ramadhan tahun depan ataupun tak. Ramai yang bertambah sihat kerana bulan puasa ni kita kurang makan, merehatkan perut dan detox secara tak langsung . Ramai juga yang bertambah montel (yang ni tak dapat nak tolong lah ye...siapa suruh makan banyak-banyak buffet Ramadhan tu :)

Ramai yang teruja raya dah dekat...tapi saya ada risau sikit. Risau tak dapat menahan godaan lemang, rendang , kuih tat, kek coklat, almond london...hishh mak masak mana boleh tahan...mesti makan banyak punya !

Takpe takpe... Shaklee boleh tolong.

Memperkenalkan abang sado, Omega Guard dan Kak Long kawasan, Lecithin. Heh.

Omega Guard dan Lecithin ni memang wajib bagi saya. Hari-hari tak boleh tinggal. Kalau dah nak habis tu mesti kena cepat-cepat beli supaya tak putus bekalan.

Omega Guard berfungsi untuk merendahkan kolesterol, mengawal masalah obesiti, memelihara fungsi sendi, memperbaiki masalah alahan kulit, mencegah pembekuan darah dalam badan, melicinkan kulit, mencegah penyakit lelah, meningkatkan sistem imun dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Manakala Lecithin pula berfungsi memecahkan lemak dan kolesterol, meningkatkan daya ingatan, mengurangkan sembelit, menyerap nutrien larut lemak seperti A, D, E dan K, melindungi hati, menghalang tekanan darah tinggi dan mengatasi masalah bengkak susu.

So, biar takde baju raya, jangan takde Omega Guard dan Lecithin di hari raya. Heh.

WhatsApp saya segera !