Monday 27 July 2015

The unstoppable Master Freddie Lee

Semalam, saya berkesempatan ke Motivation & Recognition Rally dan juga Raya Celebration Shaklee di Syeun Hotel Ipoh. Selain daripada dapat makan free, ada cabutan bertuah(tapi saya tak bertuah huuuu...), dapat tengok pengiktirafan yang Shaklee bagi pada ahli-ahli yang naik pangkat (bila tengok makcik-makcik pun boleh buat, tetiba rasa tak puas hati...in a good way okayyy), dan acara kemuncaknya adalah dapat dengar perkongsian daripada Master Coordinator yang pertama di Malaysia dan di Asia Pasifik, iaitu Master Freddie Lee.

Master Freddie ni dah jadi Master sejak tahun 1989 lagi. Masa tu, mana nak ada internet dan komputer canggih-canggih ni. So, dia kena buat hard core selling dan masa mula-mula dia join Shaklee ni, produk Shaklee yang ada hanyalah Vita-Lea, Vitamin C dan protein powder (ESP). Hmm... 3 produk pun boleh jual, sekarang dah ada berpuluh-puluh produk pun bagi alasan susah nak jual...haih.

Master Freddie ni memang cergas. Cakap tak berhenti-henti, dah cukup masa pun dia still go on and on and on sampai pengacara majlis terpaksa berhentikan dia. Heh. Mungkin dia excited pasal dia anak jati Ipoh kot... Wooot woot ! Orang Ipoh memang hebat ! Heee...Oh, the best part, saya dapat buku dan poster free dari Master Freddie. Yay !

P/s : kucing-kucing saya pun terpikat dengan renungan mata Master Freddie yang mengancam dan membakar semangat itu :)

No comments:

Post a Comment