Wednesday, 5 August 2015

Sakit pinggang tiada lagi !

Kasut bertumit tinggi, posture duduk dan berjalan yang tidak betul, dan pemakanan yang tidak seimbang mungkin punca sebenar saya sakit pinggang. Walaupun tak selalu, tetapi kadang-kadang sakit pinggang tersebut mengganggu tugas seharian saya. Saya pernah mengambil panadol (apa tah nama nya, panadol extend kot untuk sakit sendi dan muscle tu), untuk mengurangkan sakit, tetapi ia hanya bersifat sementara sahaja. Takut juga nak ambil ubat sembarangan, akhirnya saya biarkan saja.

Saya mula mengambil Ostematrix Shaklee setelah saya membeli set Yes Wellness Pack. Tujuan beli set tersebut adalah untuk mendapatkan vitamin-vitamin dengan harga yang murah. Di dalam set tersebut ada ostematrix. Dah ada, saya makan saja lah. Tak terfikir pun nak makan pil kalsium kerana masa buat bone density test resultnya ok sahaja, lagipun terasa diri ni masih muda lagi...ahaks :)

Ostematrix diambil 4 biji sebelum tidur. Kesan pertama kali pengambilan adalah, saya tidur dengan lebih nyenyak dan segar lepas bangun pagi keesokkan harinya. Okaylah, saya teruskan saja. Sedar tak sedar dah habis sebotol Ostematrix baru saya perasan yang saya dah tak sakit pinggang lagi. Selalunya macam tu lah, kita perasan benda yang negatif je... benda yang baik kita selalu tak nampak kannn...

Setelah dikaji-kaji barulah saya tahu yang kesihatan tulang manusia mula merosot secara berperingkat-peringkat dari umur 30an.



Pengambilan kalsium yang rendah merupakan penyumbang utama berlakunya penyakit osteoporosis ataupun penyakit tulang rapuh. Kebanyakkan pesakit hanya menyedari mereka menghidap penyakit ini setelah mereka mengalami retak atau patah tulang. Pada masa itu ia sudah agak terlewat.

Osteoporosis sukar disembuhkan tetapi boleh dicegah. Caranya adalah dengan mengambil kalsium yang mencukupi termasuk vitamin-vitamin yang diperlukan oleh badan untuk membantu penyerapan kalsium yang berkesan. Vitamin D misalnya membantu penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang dan menguatkan tulang. Magnesium pula penting untuk komposisi tulang dan rawan. Ia menghalang endapan kalsium dan menghalang formasi batu karang atau batu hempedu. Zink, boron, maganese dan kuprum pula penting untuk memelihara metabolisme, membaiki tulang dan rawan dan menghalang artritis.

Kalsium berlebihan boleh membebankan buah pinggang dan menyebabkan baru karang dan batu hempedu. Ini terjadi kerana perbezaan nisbah kalsium : magnesium yang besar (kekurangan magnesium akan menyebabkan kalsium tidak dapat diserap oleh tubuh). Oleh yang demikian, kalau nak cari supplement kalsium, pastikan kandungan magnesium dan vitamin D nya dulu. Pilihan saya, tentulah Shaklee :)


IRA
SID 1191211
016-5392550

No comments:

Post a Comment