Thursday, 13 August 2015

Masih adakah harapan untuk kulit umpama permukaan bulan ?


Semua orang nak kulit yang cantik, halus mulus tulus kurus (eh? lain topik)... tapi kulit saya ni agak mendukacitakan sebab banyak parut jerawat :( Masa muda-muda dulu konon-konon aktiflah sangat, acah-acah ganaslah sangat, tak mainlah nak girlie-girlie sapu losen ke, tempek foundation ke... kalau teringat nak basuh muka sebelum tidur tu pun kira hebat sangat dah tu. Heh. Hasilnya tumbuh melata jerawat batu bata dan kulit hitam berkarat (dek berjemur kat padang main hoki lah tekwondo lah, kawat lah... ). Dah masuk universiti barulah tahu sikit nak cari skin care (maklumlah loan JPA dah ada...kuikuikui) tapi masa tu dah agak terlambat lah kan... parut jerawat dah macam kawah gunung berapi. Bila dah kerja, ada duit sikit mulalah teringin nak cuba rawatan laser...kot-kot kawah gunung berapi boleh bertukar menjadi lopak air pun jadilah. Tapi dek kerana 1 sesi pun kena 2-3 ratus dan menurut doktor tersebut saya memelukan sekurang-kurangnya 8-10 sesi... saya sempat buat 2 sesi saja. Heh. Lepas sesi kedua, rasa sayang pulak nak habiskan duit kat doktor tu. Redha dan terima hakikat je lah... huuu

Sejak mengenali Shaklee ni saya dah jatuh cinta pada vitamin untuk kulit cantik ni... vitamin E. Saya rasa semua orang tahu yang vitamin E memang bagus untuk kulit kerana ia membantu mambaik pulih parut, jeragat, kesan stretch marks dan yang paling penting memudarkan garis-garis halus pada kulit. Pengalaman saya sejak mengambil vitamin E ni, saya rasakan kulit muka saya lebih lembut dan bila bangun tidur kulit saya tak berminyak-minyak macam dulu. Kawah gunung berapi di muka saya masih belum hilang (kena sabarlah sikit, vitamin hanya supplement, bukan magic potion ye..), tapi kulit lebih cerah sekata dan jeragat yang baru mula nak muncul dah makin pudar. Dah nampak perubahan macam tu, terus saya sambar 1 set vitamin untuk kulit cantik yang terdiri daripada vitamin C, ESP, B Complex, GLA, Garlic Complex dan vitamin E. Yang seronoknya dengan Shaklee ni, sat untuk kulit ni bukan kesannya di kulit saja. Vitamin C menghilangkan bersin waktu pagi saya, ESP mengenyangkan perut saya, B Complex memberi tenaga dan menghilangkan stress saya, GLA buat period saya regular setiap bulan, dan Garlic Complex buang angin dalam badan saya. Best kan ?

Vitamin E ni bukan sahaja boleh dimakan malah boleh juga digunakan sebagai masker. Cucuk softgel dengan pin bersih untuk mengeluarkan minyak vitamin E dan bolehlah disapukan terus ke muka sebelum tidur. Esok pagi bilas muka dengan air bersih. Sure feeling-feeling kulit muka gebu gitewww. Vitamin E ini boleh juga disapukan pada tempat yang berparut dan melecur untuk kesan yang lebih cepat.

Apa yang membezakan vitamin E Shaklee dengan yang lain adalah terdapat kandungan semulajadi d-alpha tocopherol (bukannya dl-alpha tocopherol, iaitu vitamin sintetik). Sebiji kapsul vitamin E Shaklee mengandungi 400IU vitamin E semulajadi dan turut mengandungi ekstrak biji anggur untuk fungsi anti oksida yang baik. Ia juga dilengkapi dengan selenium yang membantu penyerapan dan fungsi vitamin E dalam badan.


Sebotol tahan 4 bulan. Tak rugi beli, percayalah :)

IRA
SID 1191211
016-5392550

No comments:

Post a Comment